Followers

Sunday, July 17, 2011

Cuti yang HEBAT !

B O R I N G . Itulah perkataan yang aku leh cakap buat masa skrg . yea , boring sebab Penang ni , kawan aku yang selalu aku lepak , xbalik lagi . Alangkah "bahagia"nya duk sorang2 kt sini . haish . inilah cuti yang paling bosan ! btw , tadi masa aku bukak fesbuk aku , aku ada bukak 1 page ni . dia tulis , kalau tak suka dia , bgtau jelah , dia boleh berambus . aku agak pelik manusia perangai macam ni . aku rasa kalau semua bagitau , pengsan kang . dia xtau ke perangai dia makin lama makin teruk ? ok . aku bercakap ni bukan berdasarkan apa yang aku tau but apa yang aku dengar dari kawan2 dia . Tolongla , muka xcantik xpe , tapi jangan perangai xcantik . nnt terus nmpak buruk . aku bukan xsuka berkawan ngan dia , suka . memang lama aku nak bkawan ngan dia , but , dia punya perangai mcm annoying sikit bg aku .

Kawan2 dia pon dah mula rasa rimas bila nk lepak ngan dia . lagi satu , dia suka putaq belit creta supaya nmpak dia hebat dan menarik . apalah guna menipu ? tmbah2 menipu utk publisiti atau orang nmpak kita bgus . itu semua bullshit . xleh pakai . aku rasa kalau kita cakap menda betul pon , orang takkan kutuk kita kecuali orang itu memang bengap . HAHA . be yourself bkn jadi orang yang hebat tapi bukan diri kita . itu lagilah buat orang jadi hilang respect kt kita . faham ?
aku bukan apa , aku xnak orang kutuk hg pa smua . kesian . Actually , hg tu lawa , cuma perangai je . -,-"

btw , harini aku agakla terbuang masa . kawan aku , Azham , janji nak kluaq karaoke ngan aku tapi datang lambat gila . so , cancel . aku , azham , megat , afi dan shabil lepak kat depan Queensbay . borak kosong2 je . sampaila pukul 4.30pg . gila kan ? tapi , macam bagusla daripada lepak rumah menghadap laptop . lama2 , laptop pon xlarat nak hadap kita . jadi meluat . haha .
esok , aku ni p tgk wayang . masuk adalah percuma . hehehe . best . sepp sikit duet aku yang ciput ni . Assignment , jgn lupa ek ? baek ! miss/madam . huhu . itu aku kena buat . atoyai . Cuti yang HEBAT ! salute abeh .

Saturday, July 16, 2011

Hello PENANG .

ok . aku xtau nak happy atau x . 1st aku mmg happy sbb leh jumpa family aku . but, kat sini sunyi wei . membe2 aku smua xbalik lagi . aku kira kt sini lepak sorang2 ja lah . grrr . aku rasa cuti ni penuh bermakna sebab cuti aku utk sem ni hanya utk buat assignment and study . best kn ? grr . tp xpa , aku leh jumpa kawan2 aku yg laen walaupon jauh sikit la . heeee . nnt aku update lain okay ? :D Adios !

Thursday, July 14, 2011

Mid - Term Break . weeee :)

Esok budak2 uitm termasuk kami unikopians akan bercuti dengan senangnye . Malangnya , buku juga terpaksa bawak dgn relanya . huhu . but yeay ! aku nak tinggalkan sminggu hostel aku yang bernyamuk tu . padan muka sminggu xdapat hisap darah aku jenis B ni . ngeh ngeh ngeh. Terbang ke Penang ! weet weet :D

btw , baru2 ni aku dpt kawan baru . hehe. mcm mna kenal ntah . tiba2 mcm rapat trus . hehe . dpt kenal cik adek Rara , babedak and mimi . and erk , mybe danial's heart . haha . barula aku kenal siapa dia sebenarnya . Hebat orangnya . kn kn adek rara ? haha . perangai sempoi kn ? bila diorang dh creta mcm mna prangainya , brula aku dpt tau dia bagaimana . bila aku dgr kisah bdak tu , tringat pulak macam mana ex aku buat aku . sedih plak bila pkir2 balik . aku bkn apa , mcm still xleh trima apa yg ex aku tu buat kt aku . stelah dekat 4 bulan aku kapel ngan dia , baru aku tahu yang dia kapel ngan aku sebab terpaksa dengan alasan nak tutup ceritanya yg dia dah dtinggalkan bf dia . so , aku la mangsanya . aku hidup dalam pentas drama hidup dia . still ada gak prangai mcm tu . wlaupon family dia dah dpt accept aku tmasukla kakak dia yg dlu mcm xpuas ati kt aku je , tapi , dia masih dengan jawapan dia . tapi , aku malas nak ingat , nak tau tny aku . tp , x tanya kt aku pn lagi bgus . heeeee .

pengajarannya : janganla mempermainkan orang walaupon orang itu dah banyak kali dah sakitkan hati anda . Anda mampu mengubahnya :)
kepada pelajar unikop , selamat jalan dan selamat bercuti kalau xde homework . wakakaka .

Wednesday, July 6, 2011

Aku curang ke ?

Semua orang tahu apa itu cinta pertama . ish , malu pulak aku nak cakap . hehe . but , aku ni dikatogerikan sebagai lelaki curang ke ? begini , masa aku belajar kat sekolah menengah ni , aku pernah suka kepada si X ni . boleh dikatakan , dia yang paling aku sayang . walaupun ada orang lebih cantik dari dia ke , tapi aku tetap nakkan si X ni . masa tu , aku sanggup buat apa je untuk dia . walaupun pada hakikatnya , dia dah ada bpunya masa tu . tapi , aku still rapat ngan dia and response dia pun agak baik . Entahla apa yang aku nampak kat dia sampai aku xboleh lupakan dia hingga sekarang .

X ni pernah memberi harapan kat aku and effect dia sampai sekarang aku tunggu dia . aku xtahu sama ada dia pernah suka aku atau x . pernah satu hari itu , aku msg dia . aku sayang dia tapi dia reply . Dia sayang orang lain . but , orang yang dia sayang tu pun dah berpunya . aku cakap kat dia . kalau macam tu , aku sanggup tunggu dia and maybe aku nak jauhkan diri dari dia dulu . X reply , dia kata , dia xleh nak terima dua orang dalam satu masa . pstu , aku dh xreply . dalam brapa minit pastu , dia antar satu msg lagi dia ckp , dia perlukan aku , tapi bagi dia masa . and sampai skrg aku berharap kat dia :(

but skrg, aku dah berpunya , tapi hati aku ini susah nak lupakan dia . mksudnya , aku still suka dia . aku rasa bersalah kat awek aku skrg ni . aku xtau sama ada aku ni tipu dia atau x . sbb aku pun syg awek ni skrg tp dlm msa yg sama aku still xleh lupakn si X ni . adakah aku ni curang ? tapi , apa yang aku tau , aku mungkin susah nak lepaskan awek aku skrg sebab aku syg dia skrg . dia paham aku . selalu ada untuk aku . aku dah makin keliru . mungkin korang xnampak banyak menda apa yang buat aku suka X ni . hanya aku ja rasa .

Sunday, July 3, 2011

Selamat Tinggal , kawan :')

Jika Haziqa Izzati baca blog ni , aku nak mintak maaf jika benda ni akan buat dia jealous . maklumlah , cerita pasal perempuan lain . huhu . but , xde sedikit niat pun nak curang . heee . Sebelum aku couple ngan awek aku skrg ni , aku ada kenal satu perempuan ni dalam facebook . nama dia dalam facebook , Afira Azira Munirah . Dia agak comel la . aku tak ingat sama ada dia add aku or aku yang add dia . but , dia mesti bagi good response kat aku bila aku post or comment kat wall dia . Dia asal Malaysia , but stay kat UK sebab kerja kat syarikat ayah dia . dia cakap mak dia suruh dia ikut ayah dia sebab dia malas belajar . Agak kelakar la kalau perempuan itu malas . haha . makin lama makin aku rapat ngan dia . aku ngan dia dulu dah hampir couple sebab dia penah tanya aku suka or tak pasal long distance relation . Then , aku kata okay ja . Dulu , kalau aku online , mesti tunggu dia online gak . Dia penah cakap yang nak turun Malaysia and kalau boleh nak jumpa aku . but , masa dia turun tu , aku dah ada kat penang . so , xsempat jumpa . sebab dia turun Malaysia kejap je .

Tapi , makin lama kami makin jarang contact sebab dia cakap dia busy ngan kerja . dia sibuk ikut ayah dia outstation . pastu , ada sekali tu dia online and dia ada ngadu yang dia sakit . but , dia xmension dia sakit apa . xsalah aku , dia kata pening kepala sgt . aku just cakap , macam biasa , makan ubat la. selepas aritu , aku jarang nampak dia online dah . aku ingat dia dah mula lupa ngan aku . bulan lepas , aku ada tengok post dia . orang dah xleh nak post kt wall dia . aku mula hiaran dah . pastu , ada kawan dia wish birthday kat dia . but , sumone reply , " Sorry bro coz interrupt. She had passed away 5 days ago." . aku macam xpercaya . orang yang aku rapat and mesra2 dulu dah meninggal dunia . tak sempat aku nak jumpa dia kat dunia ni . tipula kalau aku kata tak sedih . aku rasa macam xpercaya je . baru sekarang aku tahu kenapa dia mula jauhkan diri drpd aku . aku rasa dia xnak aku sedih kerana dia . dia memang baik . Even aku baru kenal dia , aku dah rasa selesa ngan dia . tapi , ALLAH lebih sayangkan dia .

Sedekahkan Al-Fatihah agar rohnya disisi orang2 yang dimuliakan ALLAH . Amin :')