Followers

Saturday, November 12, 2011

Mungkin Sudah Tiba Masaku

Setiap manusia akan menghadapi kematian di saat ajalnya tiba . Seberapakah kita sudah bersedia ? Orang kata , kalau kita disaat hampir dengan kematian , tanda tandanya akan nampak .

Tapi , bagaimanakah perasaan kita disaat untuk meninggalkan orang yang kita sayang dari dunia ni . Apakah sempat apa yang kita impikan ?
Haris , dibangunkan dari kelekaan dunia . Entah mengapa dia merasakan , terasa jauh dari orang sekelilingnya . Haris tiba tiba terkenangkan dosa dosanya . Apa jua yang dia lakukan sejak dari kecil , walaupun dosanya sebesar zarah , dia terkenangkan kembali . Setiap kali dia memikirkan kesalahnya , terasa ingin kembali ke waktu dahulu untuk memperbaikinya , tanpa , kini hanya airmatanya menjadi luahan pada segala rintihannya .
Tapi , dia sedar . Dia hanya berpeluang untuk bertaubat kepada Allah . dia benar benar taubat dan dia sangat berterima kasih kerana menjauhkan dirinya daripada keseronokan duniawi . Alhamdulillah .

Haris , mengalami mimpi yang menakutkan baginya , kadang kadang , membuatkan dia merasa sedih . Suatu hari dia termimpi , kawan karibnya , Fauzi , memeluk erat tubuhnya , sambil menangis . tapi , Haris cuma terpinga pinga dan kehairanan denga sikap kawannya . Fauzi , cuma bercakap , "jangan tinggalkan aku" . Tapi , Haris tenangkan kawannya , "Jangan risau" dengan senyuman terukir diwajah Haris . Tetapi , bila Haris terbangun dari mimpinya , dia masih tidak faham mengapa Fauzi menangis kerananya .

Haris , terasa ingin bertemu dengan seseorang . Fira , selalu menunggu Haris untuk menerimanya . Fira seorang perempuan yang solehah dan taat kepada kedua ibubapanya . Haris bertekad untuk berjumpa dengannya . Haris membawa sejambak bunga kepada Fira . Disaat pertemuaan mereka , Fira terkejut melihat Haris .

"Haris , sejak bila awak sukakan bunga ? bukan ke awak allergic dengan bunga ?"

Haris dengan tenang berkata , " Takpe Fira , ini untuk Fira . Harap Fira suka.. :) "

Fira gembira kerana melihat perubahan Haris dan melihat cara layanan kepada Fira pun lain dari dulu .

"Fira , Haris nak cakapkan sesuatu ini.. , boleh ? "

"Boleh , Haris nak cakap apa kat Fira ?"

"Haris nak mintak maaf sebab membuat Fira tertunggu tunggu cinta dari Haris . Mungkin Haris salah sebab perangai Haris dulu memang teruk . Maafkanlah Haris . Dan.. Fira , carilah lelaki yang lebih baik dari Haris . Haris ini bukan untuk Fira . You deserve better than me . Haris harap Fira berjanjilah dengan Haris . Kalau sayangkan Haris , tunaikanlah permintaan Haris itu . please ?"

Fira menangis . " Tapi , kenapa Haris ? beritahulah Fira , kenapa? Fira sayangkan Haris sahaja . Tolonglah jangan buat macam ni kat Fira."

"Secara jujur , Haris pun sayangkan Fira . Tapi , ini bukan jodoh kita . Tak semestinya kita harus memiliki orang yang kita sayang , kan ? "

Fira terus menangis dan terus menangis . Tidak tertahan Haris melihat Fira menangis kerananya . Lalu , Haris terus meminta izin untuk undur .
"Fira , Haris balik dulu . Minta maaf Fira .. Assalamualaikum :') "

Haris terus meninggalkan Fira . Bukan niat Haris untuk meninggalkan Fira keseorangan , tetapi , dia sendiri tidak tertahan melihat orang yang paling sayang terluka kerananya .
Semakin hari , Haris terasa dirinya makin jauh dengan keduniaan ini .
Pada satu malam , selepas dia selesai menunaikan Solat Isya' , dia terasa ingin bukak "Facebook"nya . Dia cuba membalas semua komen dari kawan kawannya . tetapi , dia rasa terlalu banyak untuk dia membalas . Akhirnya , dia mengambil kata putus , untuk menulis di statusnya , "Maafkan saya :) dan terima kasih kawan kawan" . Selepas dia makan malam bersama keluarganya , dan ibunya , memasakkan lauk Daging Masak Merah , lauk kegemarannya . Tetapi , Haris cuma makan sejemput sahaja . Ibunya kehairanan , lalu bertanya ,

" Along , kenapa makan sedikit je ? itu kan lauk kegemaran Along ? "

"Mak , Along takde selera la ." Haris cuma menghabiskan air di gelasnya sahaja dan bangun .
Ibunya terasa amat pelik , kerana , Haris tidak pernah menolak lauk itu walaupun dia dah kenyang .
Sebelum semua orang masuk tidur , Haris pergi ke bilik adik adiknya . Entah bagaimana , dia terasa ingin memeluk adik adiknya itu walaupun mereka sering bergaduh . Haris mencium pipi adik adiknya seorang demi seorang dan cuma bercakap perlahan , "Adik , Maafkan abang ek?" . Lalu , Haris meninggalkan bilik adik adiknya itu . Dan , Haris berjumpa ibunya .

"Mak , Along nak salam dengan mak . pastu nak salam ngan abah ."
Haris salam dan mencium tangan ibunya .

" Mak , mintak halal makan minum Along sejak dari kecik , dan susu mak yang Along minum dulu . Mintak halal ye mak ? alang alang , Along minta maaf kat mak ek ? :) "

Emak , dia menjadi sebak tetapi masih dalam bingung . "Kau ni kenapa Along ? Buang tabiat ke? nak tido je pun . takyahla mengada . Mak , maafkan lama dah . sebab kau tu anak mak. dah p tido, dah malam ni."

Haris cuma tersenyum , " Terima kasih ye mak . hehe :) "

"Haaa , Abah pulak . Along nak mintak maaf kat Abah gak. Maafkan Along ek ? Halalkan makan minum Along ek?"

Abah menjawab sambil tersenyum , "Along ni anak abah , mestilah abah halalkan :) "

"Terima kasih , Abah " . Haris merasakan sangat gembira tapi dia sendiri pun tak tahu kenapa dia merasakan bahagia sebegitu . Lalu , Haris , bangun untuk keluar dari bilik . tetapi , sebelum dia keluar , dia memandang kedua ibubapa nya . Haris tersenyum.. "Selamat malam dan selamat tinggal :) ".

Haris telah pergi menghembuskan nafas terakhirnya semasa dia dalam tidur . Keesokkan dia dikebumikan di Masjid yang berdekatan dengan rumahnya . seluruh keluarganya kesedihan dan kawan kawannya juga turut menziarahi arwah untuk kali terakhir . Berita ini dapat ketahui oleh Fira . Pilunya hati Fira kerana dia baru tahu kenapa Haris ingin meninggalkannya walaupun , Fira tahu , Haris sayangkan dia juga . tapi , kini Fira redha . "Terima kasih ye Haris :'( "

Namun kita tahu , Allah lebih sayangkan dia ..

Haris bin Abu Sufi ..

Friday, November 11, 2011

Ibu , Ejai nak kahwin

Bukan semua orang akan bernasib baik diatas dunia ini . Kadangkala , kita akan diuji oleh yang maha Esa atas kesabaran kita . Begitulah nasib , Rizal ataupun dipanggil sebagai ejai . Dia tidak dilahirkan normal seperti manusia manusia yang lain . tetapi , baginya , kekurangannya bukanlah penghalangnya untuk hidup seperti orang lain . Ibunya , Hawa , tidak berani untuk membiarkan Ejai untuk berdikari ataupn melepaskannya berseorangan . Ejai , tidak sempurna fizikalnya dan otaknya juga susah untuk berfungsi dengan baik . mksudnya , fikirannya lembab , tak seperti orang lain . Tetapi , Ejai masih mempunyai keinginan . Juga dia mempunyai masalah jantungnya yang lemah .

Di sekolah , dia ditempatkan di kelas pendidikan khas . tetapi , setiap kali dia masuk ke kelas itu , dia akan naik marah . "Ejai..ejai tanak masuk kelas ni . Nak masuk kelas dengan Erin". begitulah perangainya . dia nak sekelas dengan Erin . Erin adalah jiran kepada Ejai . Erin boleh dikatakan seorang murid yang pandai dan mempunyai rupa yang cantik . Ejai akan mengadu benda sama kat ibunya . "Ibu.. kenapa diorang... tak bagi Ejai kelas dengan Erin ?? Sebab Ejai cacat ke ?" . Ibunya akan tersentuh hati setiap kali anaknya menyoalnya sebegitu kepadanya . " Tak , Tak Ejai . Bukan sebab Ejai cacat . Jangan cakap macam tu . tak baik , nak" . Sambil mengusap wajah anaknya itu . Terkilan rasanya melihat anaknya mengadu sebegitu . Setiap mesti ingin terbaik untuk anaknya . Tetapi , Hawa , terasa gagal untuk membahagiakan anaknya .

Di Akhir tahun persekolahannya , Ejai mendapat berita bahawa cikgunya , Cikgu Aisyah akan melangsungkan perkahwinannya pada cuti sekolah . Ejai mendapat jemputan tersebut . Cikgu Aisyah ini memang rapat dengan Ejai kerana Cikgu Aisyah seperti memberi perhatian yang lebih kepadanya .

"Ejai , cikgu dah nak kahwin ni . nanti ajak ibu and ayah datang kenduri cikgu tau ?" terukir senyuman di wajah Ejai .

" ohh. cikgu dah nak.. kahwin ek ? hehehe" . Ejai dengan perasaan gembira .

Setelah pulang dari sekolah , Ejai terus mencari baju yang lawa lawa . Habis bersepah almari bajunya . Lalu ibunya datang .
"Ejai ! kenapa ni bersepah ni ? Ejai cari apa ? Kemas balik" .
" Alar , Ejai cari.. baju.. nak pergi kenduri.." Ejai cakap dengan dengan sedikit ketakutan dengan ibunya .

"kenduri apa ?" tanya Hawa.

"Cikgu Aisyah nak.. kahwin. hehhehe" . Ejai tersenyum senyum.

Lalu , Ejai memberi kad jemputan dari cikgunya itu kepada ibunya . Hawa melihat anaknya , teringin sangat pergi ke kenduri cikgunya itu . Hawa berbincang dengan Ayah si Ejai , Rahmat , untuk bersetuju menghadiri kenduri Cikgu Aisyah .

Di hari persandingan Cikgu Aisyah dengan pasangannya , Ejai ditemani Ibu dan Ayahnya ke kenduri itu . Gembira Ejai dapat dilihat dari keriangannya . Bila sampai sahaja ke kenduri , Ejai terus belari mencari cikgunya . Sebaik sahaja Ejai ternampak cikgunya itu , terus dia bersalaman .
"Cikgu , Ejai nak cakap.. Selamat Kahwin , cikgu. :D "

"Terima kasih , Ejai . Ejai kena janji dengan cikgu . selepas ini , Ejai kena dengar cakap Ibu dan ayah . tau ? " . Nasihat terakhir cikgu kepada Ejai .
Ejai hanya menganggukkan kepalanya menunjukkan bahawa dia faham .

Setelah pulang ke rumah , Ejai tanyakan sesuatu kepada ibunya .
"Ibu , Ejai boleh kahwin tak macam cikgu ? Ejai nak kahwin dengan Erin . boleh ye ibu ?" . Ibunya , terasa sebak bila anaknya selalu inginkan sesuatu yang mustahil bagi anaknya itu . Ibunya , terus memeluk anaknya itu .
"Ejai , janganlah mintak kat mak macam macam , mak tak mampu nak bagi kat Ejai . Maafkan mak" . Rintih si ibu kepada anaknya .

Pada suatu malam , di waktu semua orang dibuai mimpi , tiba tiba , Ejai mula tercungap cungap seperti nyawa nyawa ikan . Terjaga ibunya yang dalam keadaan gelisah dan takut . Lalu , mereka membawanya terus ke Hospital . Setelah dirawat , doktor memberi keterangan kepada ibu dan ayah Ejai . "Maaflah , kami telah cuba sedaya mungkin . Anak kamu didalam koma . Hanya waktu menentukan ajalnya . Kami sekali lagi mintak maaf " . Ibunya tidak sangka . terasa baru semalam dia melihat kelincahan Ejai , sihat saja . tetapi harini , jadi lain . Ibunya , bagaikan tidak boleh menerima hakikat . Perlahan lahan Hawa dan Rahmat memasuki wad tersebut . Melihat Ejai dimasukkan tiub dan sebagainya peralatan untuk dia bertahan . Tidak tertahan ibunya melihat anaknya sedemikian . Hawa terus memeluk Ejai yang dalam keadaan tidak sedarkan diri . Terlihat titisan airmata Ejai mengalir kepipinya . Dengan kuasa Tuhan , Ejai tersedar seketika. Mungkin kerana dia tak sanggup melihat Ibunya menangis di depannya .
"Ibu , jangan lah nangis . Nanti....nanti...E..jai.. kan nak.. kahwin.. mesti mak gem..bira..... Jan..gann nangis ye ibu..." . Tak terkata ibunya , terasa ingin meraung melihat anaknya cakap begitu . Hawa cuma menggangguk kepalanya . Ejai cuma tersenyum dalam menahan kesakitan . Ejai menghembuskan nafasnya yang terakhir .

Kini dah hampir 7 tahun , Erin juga telah diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya . tetapi , perkara itu mengingatkn kembali kata kata Ejai kepadanya ,

"Ibu , Ejai boleh kahwin tak macam cikgu ? Ejai nak kahwin dengan Erin . boleh ye ibu ?"

*Maafkan wahai teman ,
ku menumpang disudut dunia ,
mencari ketenangan ,
sampai masa ku pergi , jua..*

Maafkan Ibu , nak

Tapi , Ibu berharap...


Ejai , tenanglah disana wahai kesayangan ibu :')

Thursday, November 10, 2011

Ternyata Bukan Salahmu


Melihat mu dari jauh , aku berdiri terpaku terpana , pabila aku melihat kau bersama dia . walaupun aku adalah seorang lelaki , tidak mungkin aku dapat menanggung hati ini yang tercalar kerana perbuatan kamu . aku setia dengan kamu , tetapi kenapa buat aku begini ? apa salah aku kepadamu ? aku sayang kamu , setiap hari aku sayang kamu . tak pernah aku melupakan kamu ? Dulu , kau berjanji padaku , akulah yang bertakhta dia hatimu . tapi mengapa kini kau mudah lupakan aku ? Mungkin dulu aku berkasar dengan kamu , tapi bukan kerana aku benci , tetapi aku sayang , aku ingin menjaga kamu . Sarah , sampai hatimu .

Farid terasa sebak melihat kekasihnya , Sarah , bersama sama dengan lelaki lain . Farid kesal pabila Sarah berubah hati . Mereka berselisih . Tetapi , hancurnya hati Farid , Sarah , sedikit pun tidak menoleh melihatnya . Siapa yang tidak sedih jika dilakukan sedemikian ? Sarah terus berjalan tanpa menoleh kearahnya . Berjalan dan terus berjalan bersama lelaki itu , dan semakin lama semakin jauh . Sarah berubah dengan tiba tiba . tapi , Farid cuba mengekori Sarah .

Pabila , melihat Sarah keseorangan , Farid cuba memanggil . memekik mekik Farid cuba memanggilnya , tetapi sekali pun Sarah tidak menyahut panggilan Farid . Luluh hati Farid , Sarah seperti memekakkan telinga dan membutakan matanya .

Farid tertanya tanya apakah salahnya . Keesokkan , Farid , terus mengekori Sarah . Farid tidak terlepas pandangannya pada Sarah . Tiba tiba , Farid terperasan sesuatu . Sarah masih memakai gelang yang dia berikan dahulu . Terfikir sejenak bahawa Sarah masih teringat akannya . Tetapi , menjadi persoalannya , mengapa , Sarah tidak mengendahkannya ?
Setiap hari , Farid akan mengekorinya . Tetapi , pada suatu hari , Sarah pergi ke suatu tempat yang menjadi tanda tanya kepadanya . Sarah mula menitis air matanya . Farid terus menjadi hairan . Mengapa Sarah menangis ? Pertanyaan Farid itu membuatnya ingin tahu . Farid terus mengekori Sarah . Farid mula terdiam apabila Sarah berhenti disuatu tempat itu . Melihat Sarah merintih rintih ditempat itu . Farid mula mengerti . Setiap apa yang hatinya menuduh Sarah ternyata salah . Farid tahu , Sarah , menangis dipusaranya . Farid mengerti . tempatnya bukan disini lagi .Terlihat , Sarah memegang surat yang pernah diberi oleh Farid .
"Sarah , sekiranya sayang membaca surat ini , bermakna , Abang telah pergi jauh dari sayang . Bukan niat abang untuk meninggalkan sayang , tetapi , masa abang telah tiba . Tetapi , ketahuilah sayangku , pemergian abang ini , bukanlah bermakna cinta kita itu juga harus berakhir . Teruskanlah hidupmu tanpa abang disisimu . Abang Sayang kamu . Jangan pernah lupakan abang walaupun sayang ada pengganti abang . Halalkan makan minum abang dan abang juga begitu pada sayang . Abang halalkan . Saranghaeyo :) "

Dari tunangmu yang tersayang.. Farid Afif
Setitik demi setitik , airmata Sarah menitis membasahi surat dari tunangnya itu . Kini , terjawab persoalan Farid . Farid redha Sarah bahagia bersama kekasih barunya itu . Farid kembali tenang dan tersenyum melihat Sarah . Mungkin ini kali terakhir Farid , dapat melihat Sarah .
Sarah , abang mengerti . biarlah kita terpisah sebegini . Namun , abang tahu dan selalu tahu bahawa Sarah sentiasa menyayangi abang . Terima kasih . Abang pergi dulu ek ? :)Walaupun Sarah tidak dapat lagi melihat Farid , tetapi Farid yakin , dia mendengar semua kata kata dari Farid .

"Abang pergi dulu , Sarah jaga diri , doakan abang.... "

" Assalamualaikum.. :') "

Monday, November 7, 2011

Maafkan Fey

Disaat kau pergi berjalan meninggalkanku , aku mula terasa tidak berdaya lagi untuk meneruskan kehidupanku seperti biasa . Melihat kau bahagia bersama orang lain , mungkin aku perlu turut bahagia .

Khairil , seorang photographer yang agak ternama dikalangan pihak media . selalu dikagumi skill dia yang ada . Hidupnya agak busy dengan kerja kerjanya . Sedang dia sibuk melakukan photoshoot , tiba tiba dia terpandang seorang perempuan yang dia kenal . Lalu dia memanggil , "Fey ! Fey !" . Perempuan itu tiba tiba terhenti dan melihat ke arah Khairil . Benarlah bahawa perempuan yang dipanggil itu Fey . Khairil berhenti seketika kerjanya itu , dan pergi ke arah Fey .

Khairil : "Hai , ingat lagi tak ? Khairil , takkan tak ingat kot ?"

Fey : "Oh, hai Khairil , lama tak jumpa , so , sekarang buat apa ?"

Khairil : "ni haa (sambil menunjukkn kameranya itu) . I sekarang ni photographer ."

Fey : "Ohh . so , kira you pandailah tangkap gambar ni ? Kalau you tangkap gambar I boleh ? hehe"

Khairil : "Boleh saja . Okay , you nak tak jadi model I ? I boleh jadikan you famous kalau you nak ."

Fey : "Alar , seganlahh . I bukan cantik pun ."

Khairil : "Siapa cakap ? You cantik lahh . ada iras iras macam artis tu , entah apa namanya , lupa pulak . erkk.. Intan Ladyana kott ? haha"

Fey : "ishh , merepek je ."

Khairil : "Okay , macam ni . you try dulu , kalau you rasa macam tak best , I tak paksa you . okay ?"

Fey : "kalau you cakap macam tu , okay lahh :) "

Sejak dari itu , Fey mula ikut Khairil melakukan photoshoot . Semakin lama , Fey mula menempah nama dikalangan model model yang lain . Banyak syarikat media tertarik dengan Fey yang menawan itu . Fey mula aktif dalam kegiatan semua ini .
Tetapi , perubahan kerjaya Fey yang semakin famous itu , membuatkan dia mula jauh dengan Khairil . Sejak berkerjaya , boleh dikatakan , sudah lama Fey tidak berjumpa dengan Khairil . seolah olah Khairil itu tidak wujud lagi baginya .

Sedang Khairil berjalan di shopping complex , tiba tiba , terlihat Fey dengan seorang jejaka berjalan berpimpin tangan . Mereka berselisih , tapi Fey , memandang seolah olah tidak kenal akan Khairil . hampa rasa Khairil bila Fey layan dia sebegitu . Khairil cuba hubungi Fey , tetapi tetap tidak dilayan oleh Fey . Pada suatu hari , Khairil dikejutkan kemalangan yang terjadi kepada Fey . Mujurlah Fey tidak apa apa , kecuali , tidak dapat lagi melihat seperti biasa . matanya buat akibat daripada kecelakaan jalan raya itu . Pihak syarikat mula tidak menhiraukan keadaan Fey dan mereka membatalkan kontrak yang dibuat olehnya . Malah , jejaka yang selalu menemaninya pun , menyepikan diri .

Apabila Khairil mendapat tahu keadaan Fey , hatinya terasa sebak memikirkan keadaan yang menimpa Fey . Setiap hari Khairil menjenguk Fey di hospital , cuma Fey sahaja yang tidak tahu .
Tidak lama kemudian , seorang doktor ingin memulakan pembedahan ke atas matanya itu . Oleh kerana Fey teringin untuk pulih seperti sediakala , tanpa ragu ragu , Fey bersetuju untuk melalukan pembedahan tersebut . Setelah beberapa hari , Doktor cuba membuka balutan dimatanya itu . Dengan perlahan lahan Fey cuba membuka matanya walaupun terasa sedikit pedih . sesudah Fey dapat melihat seperti biasa , terlihat banyak bunga dikelilingnya , dan setipa bunga itu mempunyai ucapan "Semoga cepat sembuh , dari Khairil" .
berlinangan airmata Fey membaca kad kad tersebut . Dia terus cuba menhubungi Khairil tetapi tidak dapat . tetapi satu kad yang berlainan ayatnya ,
"Fey , I Sayangkan You lebih daripada diri I . Jangan Lupakan I lagi . okay ? Semoga cepat sembuh "

Yang menyayangimu ,
Khairil
beberapa hari kemudian , Fey dibenarkan keluar dari hospital . Fey terus menuju ke rumah Khairil dan pejabatnya tetapi tidak juga bertemu . Hampir semua tempat Fey cuba mencari Khairil . Fey rehat sekejap di taman dimana tempat yang mula mula Fey kenal Khairil dahulu . Tiba tiba terlihat seseorang berjaket lintas didepannya lalu Fey menangis . Rupa rupanya , lelaki itu adalah Khairil . tetapi , dia sekarang berjalan perlu mengunakan tongkat dan cermin mata hitam . Dan baru dia sedar yang selama ini , Fey melihat menggunakkan 2 mata Khairil . betapa sedihnya Fey rasakan . Khairil hanya teruskan berjalan . Berjalan tanpa arah . tidak terkata dan tak terdaya Fey untuk berkata kata .

Fey : "Khairil.....maafkan Fey..maafkan Fey.. ;'( "

Tuesday, November 1, 2011

Follower ke-200 . Tahniah !


Okay . Seperti yang kamu lihat . Sebagai tanda perghormatan saya terhadap follower saya yang ke - 200 , saya tolong paparkan pagenya :)
link :
http://theeanddead.blogspot.com/


cik rifah :)
Tahniah . tapi sorry tade hadiah la ek :)

Thanks sbb saya support saya :)
Tunggu cerpen yang akan datang :)

Okay okay . ada sorang ni yang bagi sokongan dari belakang , penat dia tagged saya ,



Cik Fey :D
http://feyrashamsuddin.blogspot.com/

Dia macam Intan Ladyana kan ? hoho :D
Thanks sebab support :)