Followers

Monday, December 26, 2011

Aku Bukanlah Untukmu

Arif , seorang jejaka yang dikenali dengan sifatnya yang suka lukakan hati perempuan , kini dia berada ditingkatan lima . Walaupun perangainya dibenci kaum hawa , tetapi tuhan telah jadikannya seorang yang pintar . Hampir setiap perempuan di sekolah dipermainkan olehnya . Pelajar perempuan tetap terpikat akannya kerana pandai berkata kata dan juga rupanya yang menawan hati perempuan . Oleh kerana itu , perempuan jadi buta dan membenarkan hati mereka kepadanya .

Pada suatu hari , hidup Arif berubah . Semua tidak menyangka akan perangai yang suka mainkan perempuan itu , berlainan dari itu . Zarina , membuka hati Arif untuk serious dalam perhubungan . Zarina adalah pelajar yang baru pindah ke sekolah tersebut malah satu kelas dengan Arif . Perempuan yang bertudung itu dan cantik serta sopan santun itu membuat Arif berdebar debar setiap kali melihatnya . Tapi , Zarina sedikit pun tidak pandang kepadanya . Arif menjadi hairan kerana selalunya perempuan akan melihat wajahnya yang tampan itu . Tetapi tidak pada Zarina walaupun Arif sudah banyak kali cuba menegur Zarina .

Akan tetapi , beberapa minggu kemudian , Zarina datang ke meja Arif dan menegurnya . Arif terkaku melihat perempuan yang selalu mendiamkan diri , mula menegurnya . Arif pun cuba melayan Zarina . Semakin hari , mereka menunjukkan perhubungan yang positif dan Arif mula menunjukkan kesungguhannya terhadap wanita . Perhubungan mereka ini berlanjutan sehingga tamat persekolahan .

Arif bernekad untuk menyatakan sesuatu kepada Zarina . "Awak , saya ada sesuatu nak beritahu kepada awak . Boleh tak saya cakap ? " , Arif gugup . tetapi Zarina hanya senyum seolah olah mengiyakan pertanyaan Arif itu . Lalu Arif berkata , " Boleh tak awak jadi tunang saya dan saya sangat serious ni . saya dah fikir masak masak . Hanya awak je yang ada dalam hati saya ni ." Tetapi Zarina menjawab , "Arif , masih terlalu awal . Maaf " . Arif terasa sedikit hampa tetapi apabila melihat Zarina tersenyum , kehampaan Arif itu terubat .

Setelah mendapat tahu keputusan SPM , Arif terpaksa melanjutkan pelajarannya keluar negara . Oleh kerana itu , dia terpaksalah meninggalkan Zarina , demi masa hadapannya dan juga kerana keluarganya yang menyuruhnya menyambung pelajaran di luar negara . 3 tahun Arif terpaksa berjauhan dengan Zarina . Tetapi , sejak dari itu , mereka dah putus hubung . Arif sudah banyak kali antar email dan telefon Zarina , tetapi , Zarina tidak menjawabnya . Malah facebook Zarina juga telah deactived . Arif menjadi hairan akan tingkah laku Zarina sebegitu .

Selepas 3 tahun , Arif kembali ke Malaysia . Alangkah rindunya Arif akan keluarganya . Tetapi , dia juga masih tidak lupa Zarina . Arif terus mencari di rumahnya . Setelah sampai , Arif cuba memanggil Zarina . Ibu Zarina keluar lalu memberitahu kepada Arif bahawa Zarina keluar dengan suaminya . Arif terkejut. "Makcik , Zarina dan suaminya ? bila dia kahwin , makcik ?" . Ibu Zarina menjawab , "Oh anak ni tak tahu ke ? Zarina dan Farid kahwin 3 tahun yang lepas . Dah ada anak seorang dah pun." Arif terus meninggalkan dari rumah itu . Luluh hati Arif mendengar Zarina itu sudah kahwin . Sebaik sahaja Arif pulang rumah , Arif terus ke biliknya . Terlihat sepucuk surat di atas mejanya .

Arif Fadhlan ,
Maafkan Zarina kerana membuat keputusan ini . Bukan niat Zarina , untuk mempermainkan perasaan Arif . Tetapi , Farid telah lama menunggu Zarina . Zarina juga tidak tahu untuk membuat keputusan . Anggaplah kita tiada jodoh . Zarina , bukan untukmu , Arif . Mungkin Arif akan jumpa jodoh untuk Arif tetapi bukan Zarina . Sekarang Zarina sudah menjadi isteri orang . Harap surat ini dapat menjawab mengapa Arif tak dapat menhubungi Zarina . Zarina sudah dimiliki orang . Biarlah kenangan kita menjadi bukti perhubungan kita . Zarina doakan kebahagiaan Arif . Assalamualaikum .
Dari ,
Zarina Safiyah


Ingatlah , Allah itu Maha Adil . Jangan sesekali kita mainkan perasaan orang . Tidak kira lelaki ataupun perempuan . Kerana Hati itu umpama Kristal , terserahlah kepada kita bagaimana cara kita menjaganya . Janganlah sesekali hancurkannya , kerana tidak akan ada nilainya lagi jika ia berderai . Walaupun kita cuba membaikinya kembali , tidak mungkin sama akan nilai asalnya .