Followers

Sunday, October 30, 2011

Lepaskan aku , Izinkanlah aku pergi .

Kisah seperti kisah kisah cinta yang lain , mungkin ini dijadikan tauladan kepada pasangan bercinta . Kasih sayang juga mempunyai keburukannya jugak . Maya , seorang gadis yang dilahirkan diluar negara tetapi menetap di Malaysia sejak dia berumur 4 tahun lagi . dan kini , dia sudah berumur 24 tahun . dan seperti biasalah , setiap manusia mesti inginkan pasangan . Khairi , seorang lelaki yang hidup dalam kesederhanaan menjadi pilihan hati nya . Hampir 5 tahun dia berkawan dengan Khairi .

Setiap permulaan , akan ada akhirnya , seperti percintaan Maya dan Khairi , disudahi dengan ikatan yang halal . Mereka diijabkabulkan dengan kerestuan ibubapa kedua dua pihak . Alhamdulillah , mereka ditakdirkan bersama .


Di hari mereka dipersandingkan , tiba2 Maya berbisik kepada Khairi ,
"b , tahu tak , i sayangkan you b . sayang sangat , jangan pernah tinggalkan i tau ?" .

Khairi membalasnya , "Ye , i tahu semua itu . I janji akan jaga you . You jangan risau . okay ? " .

"Okay sayang, :)" . Maya tersenyum lebar mendengar kata kata Khairi

Tiga tahun sudah berlalu , tetapi mereka tidak dikurniakan walaupun seorang anak pun . Maya menjadi sedikit kecil hati sebab baru kini Maya mendapat tahu bahawa Khairi tidak dapat memberi zuriat kepadanya . betapa luluh hati Maya yang selama ini untuk menimang anak kandung , anak darah daging sendiri . tapi , bukan Maya sahaja yang kecewa , Khairi juga merasakan dirinya telah menghancurkan hati isterinya tercinta , cuma dia tidak tahu bagaimana untuk meminta maaf kepada isterinya kerana malu . Sejak dari perkara itu , mereka langsung tidak membincangkan hal keturunan atau anak . Perkara yang serious begini , akan menjejaskan kebahagian rumahtangga .

Khairi juga menjadi tak tentu arah . waktu tidur pun tidak tentu . hinggakan dia menjadi tak terurus dipandangan orang .

Akibat keadaan Khairi yang menjadi buah mulut orang , Pihak syarikat memberi satu surat kepada Khairi supaya meletakkan jawatannya . Ini kerana syarikat menghadapi banyak masalah yang berpunca daripada Khairi kerana dia juga salah seorang yang penting dalam memajukan syarikat tersebut . Wajarlah dia diberhentikan kerja kerana prestasi kerja yang amat mengecewakan . Perkara ini , secara langsung dapat diketahui oleh Maya . justeru , ini menaikkan kebenciannya terhadap Khairi .

Semakin hari , semakin banyak masalah yang timbul berikutan Khairi dengan penganggurannya . Sampai skrg , Khairi tidak mempunyai sebarang pekerjaan . Sewa rumah , bil elektrik dan air , barang dapur , semuanya terbengkalai akibat masalah kewangan . Apabila semua itu menimpa mereka dua , Maya menjadi hilang sabar terhadap suaminya .

"You , i memang tak tahan lagi nak hidup dengan you . Dahlah i takleh dapat anak dari you . Kemandulan you tu , buat i malu dengan orang sekeliling . dapat lelaki yang tak subur macam you ni , siapa nak ? Kalau i tahu , memang i tanak kahwin dengan you . Sekarang , you pulak tak bekerja . You nak buat apa ? Menyusahkan i ?". Maya berkata dalam nada yang tinggi .


Khairi hanya mampu mendiamkan diri . apa yang dikatakan oleh isterinya itu , sangat terasa . Pilu hatinya apabila dia dipersalahkan .

"Sayang.. , i tak minta pun i jadi mandul . I pun nak anak . teringin nak gendong anak tu . mungkin ada hikmah hidup kita macam ni." ujar Khairi kepada isteri dengan nada yang perlahan .

"Hey ! jangan kata semua ini hikmah . So , you nak kata i ni salahkan Tuhan lah ? macam tu ?"
"kalaulah macam ni hidup kita , i tak mahu stay dengan you lagi . You tinggallah sorang sorang dalam rumah ini . I nak balik rumah parents i" .

Maya terus ke atas mengemas pakaiannya .
Khairi datang dengan perlahan lahan lalu memujuk isterinya supaya bersabar dan stay dengannya . tetapi , Maya sedikit pun tidak mendengar pujukan suaminya itu . Maya cuma memekak telinga dan membutakan mata sahaja . Alangkah sedihnya Khairi melihat isteri nya sendiri memperlakukan sedemikian kepadanya . Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pedihnya hati Khairi . Setelah kemas barang barang Maya , tanpa meminta izin dari suaminya , dia terus menghidupkan keretanya lalu meninggalkan suaminya keseorangan . Khairi ditinggalkan dan hanya kesunyian menemani hidupnya .

Kini , hampir 2 bulan Maya meninggalkan Khairi dengan tanpa khabar berita . Hidup Maya seperti kehidupan manusia yang lain . dia langsung tidak teringat akan suaminya itu . Pada suatu hari , saat dia turun tangga untuk ke dapur , tiba tiba , kaki tergelincir lalu Maya jatuh terduduk ke atas lantai . Kecuaian itu membuat dia mengalami pendarahan dalaman . Keluarga Maya terus menghantar Maya ke Hospital . setelah membuat pemeriksaan rapi . Doktor berkata ibubapa Maya ,
"Tuan puan , bersyukurlah kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan keadaan Maya , dia stable dan bayi dalam kandungannya pun masih stable ".

"Bayi ? Adakah anak kesayangan kami itu mengandung ? " Tanya bapa Maya kepada doktor dan tanpa rasa ragu ragu , doktor pun menanggukkan kepalanya , "Ya , kini dah masuk 3 bulan :) "
Perkara ini disampaikan bapanya kepada Maya dalam keadaan gembira . Apabila , Maya mendapat tahu , menitis airmatanya kerana teringat dosa dosa kepada suaminya . Tanpa dia membuang masa , Maya berlari keluar dari hospital itu walaupun dalam keadaan yang lesu . Apa yang ditahu , dia mahu pulang kerumahnya dulu walauapa pun caranya .

Setelah sampai sahaja di rumahnya dahulu , kelihatan rumahnya gelap gelita dan sunyi bagaikan tidak berpenghuni . Maya memekik dari luar memanggil Khairi , "Sayang ! sayang !? Khairi , i datang ni bawa anak kita ni ! Khairi ?" sahutan demi sahutan , Khairi tidak membalasnya .
Tiba tiba terdengar satu suara datang dari sebelah rumahnya itu .

"Awak cari tuan rumah ini ke ? Dia dah meninggal . baru dua minggu lepas. Awak ni siapa?"

"Kenapa saya tak tahu ? kenapa tiada seorang pun beritahu saya ? Ya Allah" meraung Maya bila mendengar jirannya itu memberitahu bahawa Khairi telah meninggal dunia .


Jiran menambah lagi , "Kamukah isterinya yang tinggalkan dia dahulu ? Tergamaknya puan meninggalkan dia keseorangan . Setiap hari saya tengok dia mengemis dijalanan dalam keadaan yang kurus kering dan kotor . Perempuan jenis apa kau ni ? Tak bau syurga bila kau laki kau macam tu . Kau tahu ke sebab apa suami kau meninggal ? Dia kena tikam dengan peragut masa dia mengemis dijalanan . puas hati kau ? Seronoklah kau kan ?" Jirannya berkata dengan keadaan yang sangat marah .

Maya , seperti hilang akal bila mendengar semua itu . Maya terasa dirinya sangat berdosa kerana buat suaminya sebegitu . Peluang tidak diberikan Maya kpd suaminya, Khairi semasa dulu . Tersedu sedu Maya meraung . Maya bersuara, "Puan , sekurang kurangnya , beritahulah dimana kuburnya" . Jirannya dengan rasa bersalah , lalu dengan hati terbuka , dia memberitahu "Arwah ditanam disebelah Masjid dikampung seberang . Carilah kuburnya , jika tak tahu , tanya orang disitu ".


Setelah Maya tahu yang mana satu kubur suaminya itu , lalu dia terus memeluk kubur suaminya itu . Menangis nangis kerana mengingati semua dosanya terhadap semuanya . "Sayang , i mintak maaf . Maafkan i sayang . Janganlah tinggal i sayang . I tak rela sayang , sumpah , i tak rela dengan pemergian you ni" . Seperti yang kita tahu , walau menangis air mata darah sekalipun , takkan Khairi kembali didunia ini .
Parents nya sudah mendapat tahu bahawa Maya mencari kubur suaminya itu , lalu terus pergi ke tanah perkuburan untuk memujuk Maya kembali pulang . Terlihat Maya terbaring disitu akibat pengsan kerana dia juga terlalu lesu . Maya dibawa kembali ke rumah dalam keadaan tak sedar diri .

Dalam keadaannya yang tidak sedarkan diri , dia termimpikan arwah Khairi , suaminya .
"Maya , tolonglah redha pemergian i ini . tempat i bukan lagi di dunia ini . janganlah buat i terseksa , relakanlah pemergian i ini . Jangan menangis lagi , kasihanilah pada i . i maafkan Maya , abang halalkan makan minum Maya . Izinkan i pergi dari dunia ini selamanya , doalah keampunan kepada-Nya . Ingat , I tak pernah membenci you malah i sayangkan you lebih dari you tahu . biarlah i pergi okay? Jaga diri dan anak kita itu . besarkan dia dengan kasih dan sayang you sepenuhnya . Selamat tinggal , sayang.. :') "

Terjaga Maya dari mimpi itu . lantas Maya bangun terus mengambil wudhu' dan terus Solat . "Ya Allah , kau tempatlah suamiku dikalangan orang yang beriman kepadamu , Ampunilah dosa dosa ku dan suami ku . Amin ya rabbil'alamin ." Mengalir airmata Maya .

"Sayang , i redha pemergianmu . Tunggu i disana , ya Sayang ? :') "

"I janji akan jaga anak kita..."

p/s : Janganlah kita membuat orang yang dah tiada terseksa akan ketidak kerelaan kita untuk melepaskan mereka . Berdoalah kepada Allah untuk kesejahteraan ke atas mereka . Amin :)

Follower ke-100 ; Entry aku terpilih di Blog Yuyu Zulaikha ?

Okay . jujur aku cakap , aku happy gila gila dan gila plus demam . Happy sebab Yuyu Zulaikha promote aku punya entry "Ayah , Ibu nak pergi mana" dan follower aku sudah melepasi 100 orang :) Thanks kepada semua yang telibat .

Semua bermula dari sini , aku jumpa satu blogger ni , Tun Feyra Shamsuddin , kami sembang pasal blog and aku suruh dia comment psl cerpen yang aku buat . maklumlah , aku newbie je . then , bila comment dah pnjang berjela . tiba2 , tanpa terduga , Yuyu Zulaikha comment kata " boleh promote ni.." . aku terus macam kebengongan . biar betul dia nak promote aku , padahal , apa la sangat aku punya entry ni . erk , dia kata besok dia promote sebab dia akan pilih 2 blog yang terbaik baginya , so , 30/10/2011 , entry aku terpilih .

kupukupukecik.blogspot.com/


nampak tak nama Khairil Adri ? hehe. yuyu cakap " belog yang sungguh tersentuh hati. yuyu baca semua habis entry." *sorrylah sebab quality gambar tak begitu sedap mata memandang -,-
Thanks again , Yuyu Zulaikha :)

Ok. disebabkan blog aku dipromote , so, follower menaik secara mendadak dadak dadak . heeee
Oleh itu , kita lihat siapa follower aku yang ke 100 .

kenal tak blog siapa ni ? >.< heee

http://aimymeminee.blogspot.com/


Congrates !
# amyazhari (: #

Okay . terima kasih kepada semuanya terlibat dan sokongan yang anda berikan saya amat amat dan amatkan menghargainya punn . heee :)
Tambahan , disebabkan ramai tanya pasal tajuk lagu ini , tajuk lagu dalam blog ni
Goliath - Bawa Kau Pergi :)

Friday, October 28, 2011

Ayah , Ibu nak pergi mana ?

pada 16hb Oktober 1986 , lahirlah seorang bayi ke dunia yang fana ini dan diberi nama kepadanya , Faris bin Ahmad . ibunya pulak bernama , Nafisah . Faris merupakan satu satunya anak yang mampu dimiliki oleh Nafisah dan Ahmad kerana Nafisah mempunyai penyakit anemia iaitu penyakit kurang darah . Maka , mereka berjanji akan mendidik dan membesarkan Faris dengan penuh kasih dan sayang . Bak kata pepatah bagai menatang minyak yang penuh .

1992 , kini , umur Faris telah mencecah hampir 6 tahun . Faris sudah pandai berjalan . Ibu dan bapanya sayang sangat akan anak mereka yang tunggal itu . segala kemahuan dia akan diturutkan . Pada suatu hari , ibunya , Nafisah , sedang masak untuk tengahari, tiba2, terasa denyutan yang kuat di bahagian kepalanya . dia terasa bagaikan satu pukulan yang kuat di kepalanya . Setelah terhuyung hayang akibat kepeningan , Nafisah tumbang ke lantai . Faris terlihat ibunya terjatuh , terus di belari ke arah ibunya itu . berlari dengan mengambil setapak demi setapak yang kecil . Lalu , Faris cuba memanggil ibunya yang pitam , "ibu.. ibu.. nape tido sini ibu ? bangun bangun ibu". Faris masih tidak tahu apa apa semasa itu . Kebetulan suaminya balik dari bendang . "Assalamualaikum , Sayang? ". apabila Faris mendengar suara bapanya yang baru pulang , segera dia ke bapanya . "Ayah, Ayah , ibu tido di lantai.. dekat dapur tu", sambil menarik narik seluar bapanya . Alangkah terkejutnya Ahmad melihat isterinya pitam di situ . tanpa membuang masa , Ahmad terus membawa Nafisah dan Faris ke Klinik Rakyat di hujung kampungnya .

Setelah diperiksa , doktor itu mengesahkan terdapat ketumbuhan yang besar di bahagian otaknya . tambah doktor , penyakit ini sudah sampai ke level yang kritikal .
Si suaminya tiba2 menjadi bengang dan mengamuk , "DOKTOR ! jangan main main dengan saya ! saya tak suka doktor cakap mcm ni dekat isteri saya ! Isteri saya tu , Sihat !" . tanpa banyak soal lagi , terus dia membawa isterinya dalam keadaan yang tidak bermaya serta memimpin anaknya ke Hospital untuk mendapat jawapan dari pakar di sana .

Malangnya..

Doktor pakar di hospital juga , memberi jawapan yang sama dan lebih detail .
Sebak Ahmad mendengar bahawa isterinya mendapat penyakit sebegitu . tetapi , Faris masih tidak tahu akan apa apa . Lalu , Ahmad bertanyakan kepada doktor , "Doktor , apakah tiada cara yang dapat menyembuhkan isteri saya ini ?" Ahmad bertanya sambil menitis air matanya . "Encik Ahmad , dalam keadaan isteri kamu sebegini , saya rasa jika kita lakukan pembedahan ke atasnya , peratus untuk hidup adalah sangat tipis kerana risikonya adalah amat tinggi . Tidak ada apa yang kita dapat lakukan kecualu berdoa kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang . Sabarlah Encik Ahmad, berdoalah kepada-Nya"
Ahmad membawa mereka pulang ke rumah .

Faris melihat ayahnya menangis , "ayah, ayah, nape ayah nangis, sape wat ayah? Cian ayah. ayah , angan (jangan) nangis . Ayis cayang ayah". Ahmad mengusap usap kepala anaknya yang memujuknya itu . tapi , Ahmad masih menangis . Nafisah hanya mampu terbaring dalam keadaannya yg tidak bermaya . mengalir airmatanya mendengar Faris berkata kata . dia tahu , dia tak akan hidup lama .

Semakin lama , semakin teruk keadaan Nafisah . Ahmad hanya mampu pasrah atas keadaan Nafisah . tapi , tidak pernah sekali Ahmad meninggalkan isterinya yang tersayang itu . Sejak haritu , Ahmad dah tidak bekerja kerana ingin menjaga Nafisah dan anaknya . mereka hanya hidup dan makan minum atas keperhatinan orang kampung dan bantuan oleh rukun tetangga .
Pada suatu hari , tidak terduga , Nafisah tercungap cungap seperti nyawa nyawa ikan . Ahmad mencengkam kuat tangan isterinya itu , dan berkata, "Nafisah , mengucap . mengucap. ingat Allah" . menitis airmata Ahmad melihat isterinya disaat saat terakhir .
Faris mula berasa hairan , "Ayah , ayah , ayah , nape ngan ibu ni ? ibu sakit ke ?" . tak terjawab Ahmad dibuatnya .
10hb November 1992 , Nafisah pergi untuk selama lamanya .

Seperti biasa , semua kerja kerja memandikan jenazah dilakuan . Dan , akhir sekali sebelum dikafan penuh , ahli diajak untuk melihat si arwah utk kali terakhir . terasa sebak melihat arwah dalam keadaan begitu . Ahmad , menatap isterinya untuk kali terakhir dan berkata , "Sayang , Abang halalkan makan minum sayang , salah dan silap abang ampunkan , pergilah tenang di sana , tunggu abang di sana". sambil tangan menutup kain kafan dibahagian muka isterinya . Ingin dia menangis , tapi terpaksa menahan demi tidak mahu arwah terseksa . Faris mula merasakan sesuatu yang tidak kena , " Ayah... nape tutup ibu dengan kain ? " . Ahmad hanya mampu terdiam . Ahli2 kampung , tolong mengangkat jenazah ke tanah perkuburan . Faris masih bertanya , "Ayah, Ayah, mereka angkat ibu nak ke mana ?" Ahmad masih terdiam .

Orang yang menjaga kubur itu , mula bercangkul . Setelah selesai bercangkul , orang ramai menolong Ahmad mengangkat isterinya Nafisah , kedalam tanah itu . Faris mula menangis , " AYAH ! kenapa mereka tanam ibu !? kenapa mereka jahat dengan ibu !? AYAH ! Tolonglah ibu ! tolongla.. " Faris menangis teresak esak melihat orang kampung menimbus tanah itu satu per satu . " Ayah ... Ibu nak pergi mana ? Ibu pergi tak lama kan ? kejap je kan?" mengalir airmata Ahmad . Sayup hatinya mendengar anak merengek meminta ibunya kembali . Kini , hanya tinggal Ahmad dan Faris .

2012 , Faris telah besar dan sudah bekerjaya . Juga , Faris telah mempunyai keluarga . Malangnya , bapanya baru meninggalkan dunia ini akibat sakit jantung yang dialami bapanya . Faris cuba mengikut wasiat iaitu jenazah bapanya ditanam bersebelahan kubur ibunya yang telah lama meninggalknnya . Tapi , baru kini , Faris tahu , kemana ibunya pergi , dan dia tahu , Ibunya tidak akan kembali lagi . "Ayah , Ibu , tunggu Faris kat pintu syurga ya" :')

I pray you'll be happy with someone new :')


Now , my tears become rain and my cries become thunder . and the thunder that's breaking down my heart . I'm begging you , don't go.. please , don't leave me . you're everything for me . But now , even when my heart screams out like crazy , you can no longer hear me . Heaven , please don't block her path and please , don't let me call her name by mistake when she is not with me anymore . Oh love , please , no matter what , you must let the person go even everybody knows he is a good looking man for you .

My sigh becomes the wind and ,
it messes with my memories even i look for his seat ,
it doesn't change anything .
"I love you, yes I do love you"
The words that my lips have been hiding because
its become the words which i can no longer say .

My promise to protect you forever , but i don't think i can keep it as promised forever .
But ,

I pray you will be happy with someone new .
and it doesn't mean that i will try to forget you because you are the best thing i ever had in my life .
Goodbye , My Love ..

Wednesday, October 26, 2011

Hilangnya Dirimu

hidup aku mula kosong , bila dia mula akan pergi sekali lagi dari hidup aku . even , mungkin kami still kawan , tapi tidak akan sama seperti skrg . aku mula hidup dalam gelisah .
Pada suatu hari , aku bertemu dengannya ,

Sofia : hai , lama tunggu ? sorry la sebab tadi ada hal sikit .

kamal : ohh. begitu ? tak mengapa , i okay je . kalau pasal you , lama mana pun saya sanggup tunggu . asalkan dapat jumpa dengan you :)

Sofia : Sebenarnya you ada apa nak jumpa ngan i ni ? penting ke ? kebetulan i jugak nak bagitau something kat u .

Kamal : something ? kalau macam tu , you bagitau la dulu .

Sofia : macam ni , i nak ajak you datang rumah i minggu depan ? boleh ? make sure you datang tau . boleh la i kenalkan you dengan parents i . datang tau ?

Kamal : seriously ? *kamal terasa cintanya terbalas . tambah pula Sofia mengajaknya ke rumah sebab nak kenalkan dengan parents si Sofia*

Kamal : kalau macam tu , i akan datang rumah you minggu depan . maklumlah , kita pun dah lama kenal tapi i tak pernah jumpa dengan parents you. :)

Sofia : alar, walaupun you tak penah jumpa , i banyak kali cerita pasal you kat mereka . by the way , you kata nak bagitau something kan ?

Kamal : ohh kalau macam tu , i bagitau masa i datang rumah you lah . okay ? lagipun , benda ni , i rasa tak perlu rushing . hehe

Sofia : ok then , if u said so , see you next week okay ? i got to go . ada hal sikit . take care tau ? :)

Kamal : You too :)

Kamal membatalkan niatnya untuk meluahkan perasaannya terhadap Sofia kerana dia berhasrat untuk memberitahu secara terang terangan dihadapannya and parents Sofia .

Hari yang dinanti , Kamal bersemangat dan berdebar debar kerana dijemput ke rumah Sofia . Sejambak bunga sebagai bunga sebagai hadiah kepada Sofia .
Sampai sahaja Kamal dirumah si Sofia , Kamal mula hairan . Kenapa terlalu ramai di rumah Sofia . Perasaan bercapur campur . berdetap detap jantungnya . Semua disitu melihat Kamal dengan pandangan yang pelik . aku melangkah masuk perlahan lahan . tiba2 , seorang pakcik , bertanyakan kepadanya , "anak ni , Kamal Ashraf kan ?" . Kamal hanya mengangguk kepalanya . kelihatan airmata pakcik itu mengalir . Kamal terpaku sebaik sahaja pakcik itu memeluknya dengan erat . lalu berkata , "Kamal.., Kamal terlambat. Sofia dah tiada.. ".
Alangkah terkejutnya . tapi , Kamal macam terpaku terdiam kerana masih tidak percaya lagi . lalu Kamal terpandang seseorang yang berkafan , terbujur di situ . Mengalirnya air mata Kamal . dia terasa bagai baru semalam dia berjumpa . dan tidak sangka , dia mengajak Kamal ke rumahnya hanya semata mata untuk melihatnya untuk kali terkakhir dan sebenarnya Sofia sudah tahu di tak akan hidup lama .

Bapa kepada Sofia , memberi satu nota kepada Kamal .
"Kepada temanku yang tersayang , maaflah sebab i pergi tanpa kerelaan you . Jika ini takdir kita , akur la kepada ketentuan Illahi . Bukanlah i tidak sayang kat you , cuma , i takut , i takut you . sebab , walaupun kita disatukan nanti , I tahu , I akan meninggalkan you satu hari nanti dan itu akn buat you sedih . I tak suka you sedih sebab i sayang . kenapa you tak luahkan kepada i masa kita jumpa aritu , i tunggu nak dengar you cakap , you sayangkan and cintakan i . tapi , takpe , at least i tahu you sayangkan I . Sayang , izinkan I pergi okay ? I berdoa you dapat jodoh yang terbaik and yang dapat sayang you sebagaimana i sayang you . Semoga kita jumpa di sana . InsyaAllah . Assalamualaikum "

Yang Ikhlas ,
Sofia
Menyesal tak sudah Kamal . tidak sempat Kamal nak luahkan kepadanya perkara yang sama . tapi , kini hanya tinggal kenangan . dan tidak sangka bahawa , Kamal melihat senyuman Sofia haritu yang terakhir . Mungkin kita tidak seharusnya memendam perasaan seseorang yang kita sayang . At least , kita beritahu perasaan kita terhadapnya . tidak salah kita menyayangi . tetapi salah jika kita memaksa orang mencintai kita . Jika anda belum meluahkan kepada si dia . beritahulah kepadanya bahawa dia adalah segala galanya kepadanya . tapi , please , jangan paksa dia :)

Tuesday, October 25, 2011

Happy + Sedih

sudah sekian lama aku tak update aku punya blog ni . kesian dia , rindu nak merepek kat dia :)
okay , dalam masa cuti ni , banyak benda yang terjadi kat aku . tapi , lebih banyak yang happy daripada sedih . okay , 1st benda yang aku nak cerita ni bukan sedih , tapi , penat sikit sebab aku dah mula kerja kat kantin sekolah SMK Sungai Nibong . dipendekkan cerita , tempat ex aku skolah dulu . maybe ramai yang kenal aku , tapi aku tak . aku kadang kadang jadi macam tak best . tapi , apa boleh buat , terpaksa kerja kat situ sebab kat sekolah lama aku , SMK Bukit Jambul , dah ramai pekerja . apa pun , Alhamdulillah la sebab dpt kerja yang halal . yang happy , aku jumpa dapat contact ngan dia balik . dah dekat berapa tahun dah :) sebelum ni memang ada . tapi , bukan sebab kami tapi orang lain punya pasal :) YA ! aku happy gila and dah separuh gila dah . doa aku dimakbul dah . but , dia dah nak kahwin :( aku tak tau kenapa aku sedih patutnya aku gembira untuk dia sebab benda tu memang yang paling terbaik untuk dia :') tapi , doa aku hanya termakbul utk dapat cntct ngan dia ja . aku tahu , Allah maha Adil :)

Ada lagi satu benda yang aku sedih , berkenaan dgn bola . Manchester United menghmpakan aku dgn kekalahan yang teruk kat tmpat sendiri . 6 - 1 ? sungguh malang la ferguson malam aritu :( dah , takmau cakap dah. fulstop pasal benda ni :(

Tapi , aku hanya gembira sebab dapat contact ngan dia :) seriously . Dan , aku tahu , dia bukan tercipta untukku . tapi , aku sangat happy sebab dapat jumpa dia . Bagi aku , kekurangan dialah yang buat aku suka akan dia :) aku bukan nak kutuk tapi tak guna jugak kalau orang tu perfect , tapi , perangai macam apa ja . betul tak ? :) mungkin orang akan ingat aku ni suka layan perempuan , tapi , dia ni lain . istimewa bagi aku . and , until now , aku tak penah jumpa orang yang macam dia :) dia lain dari yang lain . mungkin aku salah sorang yang nak faham dia :)

If dia nak kahwin ,
saya nak ucapkan ribuan terima kasih sebab boleh terima saya sebagai kawan or kenalan dalam hidup kamu . tapi , maaflah saya jika saya tak hadir majlis pernikahan or perkahwinan kamu nanti . maaflah . saya memang tak sanggup . sebak :(
Terima kasih atas segalanya :') , NH

Thursday, October 13, 2011

Kenapa saya tak suka keluarga tiri ?

Sekarang ni dah hampir 4 hari aku kat penang , tapi sorang je membe aku yang ada kat Penang , maksud aku , membe selalu lepak2 dan geng kaki tak penat . haha . bila duk rumah macam ni , aku jadi rindu pulak kat kolej . kalau pukul 12am , time tu la makin riuh . aku tak paham sangat roomate aku ni tido mcm mna . kadang2 tido punyalah lambat , tapi bangun awal jugak . pelik jugak , petang diorang ni taklah tido mati pun . macam mna la diorang recover diorang punya energy . ajaib sungguh . tapi , aku rindu la kat diorang , kecoh kecoh , main gitar , memekak . haha . rindu . tapi , yang paling rindu , pegi makan nasik lemak kat Sri Gombak . 2 orang minah tu macam tunggu tunggu je kami datang . sorang tu agak comel la and sorang lagi tu biasa je . hehe . kat diorang pun aku rindu . haha :D

Mak aku banyak cakap pasal macam mana life kelurga aku sekarang ni . aku baru dapat tau , adek aku , tiap2 hari makan nasik sejuk and telur mata kerbau je . tulah makanan rutin tuk adek aku yang tiap2 hari penat dari balik sekolah . maklumlah , naik bas . bapak aku tak penah amek dia pun . kesian . tapi , adek tiri aku tu , tiap2 hari bapak aku amek diorang , aku tak salahkan bapak aku , tapi , bila bapak aku buat kami mcm ni , aku jadi makin benci dengan adek adek tiri aku tu . mak aku penah cakap kat aku , diorang tu tak bersalah pun , diorang tak tahu apa apa pun . yea , aku tau semua tu . cuma , aku punya perasaan , entahlah , aku tak anggap diorang apa apa pun , adek tak , kawan tak ataupun jiran pun aku takleh nk anggap diorang tu . diorang tu mcm , zero bagi aku . macam watak tambahan je dalam hidup aku . Keluarga aku banyak beralah kat diorang tu , tapi diorang tu , tak abis abis myusahkan hidup kluarga aku . tambah tambah , mak aku . dr dulu myusahkn mak aku , hey fellows , please la respect our family . u give ur respect , then i also can give to u respectly . aku tak salahkan bapak aku , stiap lakukan kesalahan , cuma sedar atau tak sedar je . tolonglah , sampai bila nak buat kami hidup tersepit , susah nk bernafas ? adek aku yang umor 19 tahun skrg ni , sejak dia dari sekolah dia rasa tertekan , macam tade perhatian dari seorang bapak , yelah . tak kisah sgt psl dia punya study . kat aku je bpk aku fokus . tapi , cara mcm tu , buat aku lagi tertekan and rasa bersalah . huhu . adek aku yang pmr tahun ni , dia penah msuk hospital gara gara kurang perhatian dari parents . aku tak salahkan bapak aku , bapak aku tu , sayangkan smua anaknya , cuma , perangai diorang tu yang lebih lebih , manja lebih konon , macam mengada ngada ja aku tengok . haish .

Tapi kan...

mak aku selalu berpesan kat aku , jangan buat jahat atau dajal kat orang , biarlah Allah yang balas kat diorang :) dan , mak aku penah cakap kat aku yang jangan penah sesekali benci atau melawan ngan bapak aku , kalau satu hari nnt , tiba2 bapak aku terdiam , takkah aku akan rasa bersalah . sudah semesti la . so , aku rasa the best way adalah cuba bertolak ansur and bersabar jelah . aku okay je tapi adek adek aku macam mana . aku kesian kat diorang je . apa apa pun , aku sebagai abang , tetap aku jaga adek adek kandung aku and emak aku :)
Selagi diorang tak sentuh adek aku lagi , aku boleh berdiam lagi . Cubalah kalau nak tengok aku mengamuk macam mana nanti :)

Monday, October 10, 2011

Kenapa ?

aku tak tahu kenapa aku terasa sangat bila dia cakap aku duk mngata dia .
kenapa ?
padahal , aku ni slalu orang aniaya aku .
kenapa ?
sebab aku terlalu baik sgt ngan orang smpai orang pijak pijak kepala aku. orang duk kutuk aku la . buat taik kat aku .
kenapa ?
ingat aku tak nampak ? kata aku backstabber la . padahal , dia yang back stab aku . hey , aku tak heran la setakat kawan sebab nak gunakan aku . aku tau aku miskin , tapi takyah nak ungkit benda dulu yang kau penah tolong aku . aku tahu siapa aku and aku sedar diri .
kenapa ?
sebab nak tunjuk yang kau tu lebih hebat ? sudahla . aku kalau nak burukkan kau tu , lagi banyak . aku rasa nak cerita baik kau tu , ciput je .
so , takpayah la rasa diri korang tu hebat . sebab korang tu cuma banggakan rezeki yang tuhan bagi je .
aku ada baca satu blog ni , aku nak cakap yang aku penah cakap buruk pasal dia , aku admit semua tu . tapi itu semua dulu , sebab aku tak matang lagi . kalau skrg , aku dah tak cerita apa2 dah pasal dia . please . skrg aku cuma berani contact dengan sebagai anonymous je . :(

Saturday, October 8, 2011

Berakhirnya Semester 3

pejam celik pejam celik , dah hampir setahun setengah aku kat kolej ni . boleh dikatakan hampir semua budak kat kolej aku dah kenal skrg , cuma diorang je tak kenal aku . hehe . sorang demi sorang budak budak kolej dah balik tinggalkn penjara diorang . termasuklah roomate roomate aku . ada yang boleh aku jumpa sem depan , dan ada jugak yang tak jumpa dah . sebab , dismiss dan tinggal kt luar . kawan bilik aku , dia dah tak leh stay kat kolej dah sebab bapak dia tak bagi . ini semua gara gara dia kena denggi aritu . huhu . Danial , dia sedih sebab takleh stay kolej dah . aritu kan , dia nanges sebab nk berpisah . dia peluk aku . hoho . tapi , dia cepat touching la beb . mana tak , rapat gila ngan aku . Budak budak roomate aku yang lain pun , ramai dah balik harini . dua hari lepas kami pergi HR Steakhouse . pergi dua kereta . tanpa diduga , aku tertinggal hp aku kat situ . aduyai . sedih sungguh la . dah la aku sayang gila kat hp aku tu , Nokia E71 :(

And semalam , aku pergi Sunway Piramid , main ice-skating . 1st time dlm hidup aku main benda tu . aku kena rm28 tuk tiket sebab aku xde glove and socks . kalau ada dua tu , aku just kena bayar rm20 je . kawan kawan aku jatuh terlentang la , tersebam la , terlanggar orang la . haha . yang ajaibnya , aku tak jatuh jatuh walaupun 1st time . hoho . pastu , makan mcD and gerak . hehe . aku ingat , nnt aku nak bawak awek aku kalau aku dah pro abis nanti . hehe :D

Tapi kan , harini dah tak best . sunyi , suram . buat sedih je . kalau tak , rumah aku ni , kecoh je . bising gila . bila dah mcm ni , lenggang gila . urghh . tak suka aku . and aku rindu kat hp aku la . kalau tak , tiap2 pagi dengar alarm aku , lagu Aizat - Sungai Lui . huhuhu . By the way , aku ada lagu agak baru la , aku baru dengar semalam dan ternyata best :D


Artis : Aliff Satar

Tajuk : Lelaki Seperti Aku

Link : http://www.youtube.com/watch?v=Xr4xD4Yl5X8





Overall for this last month , rasa happy sebab aku dapat contact orang yang aku suka dahulu walaupon sebagai anonymous :) dan dialah yang pertama dalam hidup aku.