Followers

Monday, July 9, 2012

Because I Miss You

The same sky like always, the same ordinary day
The only difference is that you're not here
I want to smile, pretending to have forgotten everything
Pretending it's nothing
I want to live smiling

Because I miss you,
Everyday I keep calling you alone
Because I miss you,
Now I keep calling your name like a habit
Again today

 I thought I sent you away without any regrets
No, no, I couldn't send you away yet
It seems like I'm going to die, what should I do?

I love you, I love you, I love you
Without even saying those words, I sent you away like this
I'm sorry, I'm sorry, do you hear me
Can you hear my late confession?
I love you

Original - Yong hwa - Because I miss you (Heartstrings OST)

Monday, July 2, 2012

Andai kau ingat

Fareed , siapa yang tak kenal dia , budak paling bermasalah di sekolahnya . Menjadi perhatian oleh para guru disekolahnya kerana sikapnya yang suka ponteng sekolah . Tetapi pihak sekolah tidak membuangnya dari sekolah kerana kehidupan tidak seperti orang yang masih beribu dan berbapa . Sekarang , dia hanya tinggal dengan neneknya yang sakit . segala berbelanjaannya ditanggung oleh pakcik dan makcik nya . itupun hanya hal-hal yang berkaitan dengan sekolah . boleh dikatakan , dia juga disisihkan oleh keluarganya . tiada siapa yang ambil berat tentangnya .

Suatu hari , seperti biasa , dia masih ponteng sekolah bersama kawan kawannya . Sedang dia berjalan di kaki lima , terlihat seorang perempuan yang kecil tubuh badannya , berjalan dihadapannya . Dengan tiba tiba , perempuan itu tumbang terlentang di depannya . Tapi , dia cuma buat tak tahu , lagipun di situ , keadaan yang agak sunyi tanpa orang disekelilingnya . Dia teruskan perjalanannya . Setiap langkahnya meninggal perempuan yang pengsan disitu , semakin dia rasa bersalah . Jadi , dia ambil keputusan untuk patah balik dan tolong perempuan . "oi, budak pendek , kenapa dengan kau ? hoi . kau dengar tak ?" . Perempuan tetap tak sedarkan diri . tanpa berpikir panjang , dia terus mendukung perempuan itu , dan ke klinik yang berdekatan .

Setibanya dia di klinik , mencari cari doktor supaya segera merawat perempuan itu . Doktor bertanya kepada Fareed , "Mengapa dengan perempuan ini ?" . Lalu Fareed menjawab , "tak tahu doktor , tiba tiba je dia pengsan kat kaki lima kat sana tu . Sumpah , saya tak buat apa apa kat dia doktor . Sumpah !" . "Sabar encik , saya tak tuduh kamu pun . takpelah , tolong saya bawak dia ke dalam bilik rawatan." . Setelah , diperiksa oleh doktor , dia terasa ada yang tidak kena dengan bahagian otaknya . tapi doktor tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk membuat rawatan yang selanjutnya , jadi , doktor arahkan supaya dibawa ke hospital . Doktor juga telah memaklumkan ahli keluarganya . "Encik , awak boleh ikut sama sama tak ke hospital ? supaya ada orang boleh temannya sementara keluarganya datang . boleh ?" . Fareed hanya mengangguk .

Sampai sahaja perempuan itu , pihak hospital ambil keterangan peribadinya . Fareed terlihat namanya . Syafiqah Bt. Nordin . Setelah selesai , Syafiqah ditempatkan di wad tetapi pihak keluarga masih tidak sampai . Beberapa minit kemudian , Syafiqah mula sedarkan diri dan terkejut melihat Fareed . "Awak ni siapa !? saya dimana ni ?" . "Bertenang cik , saya Fareed . tadi awak pengsan , jadi saya bawalah awak ke sini . Sumpah , saya tak buat apa apa pun." . "Oh , ye ke? minta maaf . saya cuma takut diapa apakan saja." . "Tapelah , awak rehat la okay?"

Sejam kemudian , keluarganya datang dengan keadaan yang cemas . Setelah berbincang dengan doktor . Ibu bapanya kedua dua mula sedih . Fareed kebingungan kerana anaknya cuma pengsan tapi mengapa perlu nangis . Sesudah berbincang dengan doktor , ibu bapa terus ke arah Fareed . " Jadi , anaklah yang tolong bawakan anak saya ke sini ? pakcik berterima kasih sangat sangat . Kalau tak , tak tahulah apa yang akan jadi pada anak pakcik ni." . Fareed hanya senyum .

Sejak hari itu , Fareed rajin menziarahi Syafiqah . bermacam macam Fareed bawa kepada Syafiqah dengan mengunakan wang saku dan simpanannya . Demi melihat Syafiqah sihat dan senyum selalu . "Fareed , kan iqa dah cakap , tak payahlah bawak buah tangan ni semua . cukuplah Fareed datang tengok iqa . Iqa dah happy sangat sangat." . "Fareed , ada benda yang iqa nak beritahu , ahad ni , iqa ada operation . Doakan kat iqa okay ? :) " . "Eh? kenapa sampai kena operate operate pulak ni ?" . "Iqa kan sakit . Iqa kena buat operation jugak . Doktor kata , dalam kepala iqa ni ada ketumbuhan . kena bunag cepat cepat sebelum benda tu membesar . Tapi , awak jangan risau . Iqa kuat :) " . "Siapa risau wahai budak pendek ? haha . Fareed tahu , iqa kuat . nanti bila iqa dah sihat , Fareed nak ajak iqa jalan jalan . nak ?" . "Mestilah nak , kalau Fareed ada , iqa rasa selamat ."

Pada hari operation tersebut , Iqa teringin jumpa Fareed dahulu . "Fareed , sebenarnya Iqa takut . tapi , Iqa tahu , Fareed tunggu Iqa kan?" . "Ye , Fareed tunggu . Jangan lupa Fareed pulak? Boleh?" . "Ish , merepeklah Fareed ni . Kenapa nak lupakan orang yang Iqa suka pulak . Eh .. hee" . Fareed tersenyum lebar . Operation sudah bermula . Hampir 5 jam operation itu dijalankan , tapi Fareed masih tunggunya . Sesudah tamat dibedah , Iqa dihantarkan kembali ke wad . Iqa masih tak sedarkan diri kerana biusnya mengambil masa untuk kembali normal . Ibu bapa menyuruh Fareed pulang dahulu , dan datang kemudian hari .

Pada keesokkan harinya , Fareed datang dengan hadiah untuk Iqa . "Hai Iqa , dah sihat ?" . Iqa mula terasa pelik lalu bertanya , "Awak ni siapa ? saya ada kenal ke ?" . Riak wajah Fareed mula berubah , " Ini sayalah Fareed . yang teman awak tiap tiap hari di hospital masa awak sakit haritu ?" . Iqa mula memegang kepalanya kerana kesakitan . Iqa tak dapat ingat siapa Fareed . " Awak kan dah janji nak keluar dengan saya , Iqa . takkan awak lupakan saya . Ini Fareed la" . Iqa meraung kesakitan . Ibu bapanya meminta Fareed tinggalkan Iqa dan meminta maaf dengan keadaan Iqa . "Pakcik harap , Fareed tak datang lagi . harap Fareed faham dengan keadaan Iqa sekarang ni . Selagi lagi , pakcik minta maaf . Sebelum pakcik terlupa , Iqa ada suruh pakcik sampaikan surat ini pada Fareed jika Iqa jadi sebegini . Sebenarnya Iqa pun tahu , dia akan begini .

Kepada Fareed ,

Iqa sangat beruntung kerana dapat kenal Fareed . Iqa tahu , Fareed baik orangnya . Tapi , mungkin semasa Fareed dapat surat ini , Iqa mungkin tak kenal lagi Fareed dan mungkin ada masalah untuk ingat siapa Fareed . Operation memberi sedikit kesan pada Iqa . Mungkin apa yang jadi antara kita , Iqa tak dapat ingat sampai bila bila . Iqa minta maaf . Minta maaf sangat sangat . Tapi , Iqa ingin Fareed tahu , Iqa suka Fareed . cara Fareed layan Iqa , ambil berat pasal Iqa , Iqa terasa yang Iqa ni sangat berharga . Terima kasih , Fareed . Harap Fareed belajar sungguh sungguh . Dan mungkin Fareed akan dapat yang lebih baik dari Iqa yang sakit ni . Sekali lagi , Iqa minta maaf . :'(

Terima kasih.. Fareed

Mula dari saat itu , Fareed mula berubah cara kehidupannya . Dia tidak lagi ponteng sekolah , malah perubahannya menarik perhatian para guru . Tapi , kini Fareed hanya mampu melihat Iqa dari jauh . Iqa mungkin tidak akan pernah ingat akan Fareed , tapi perkenalannya dia dengan Iqa , walaupun singkat , Fareed tidak pernah akan lupa . Kerana , Iqa juga membuat Fareed rasa dihargai dan membuat Fareed ada sebab untuk berjaya . Ia semuanya kerana Iqa . Syafiqah binti Nordin .

*Ada manusia yang berkesempatan untuk menghargai seseorang tanpa sebarang halangan , tapi kenapa kita sia siakan . Janganlah kita sia siakan orang yang sebenarnya sangat berharga pada kita . Jika tidak , saat kita kehilangan dia , itulah saat kita mula menyesal . dan tidak mungkin akan sama peluang yang kita dapat dahulu .*