Followers

Thursday, June 30, 2011

Jawapan persoalan kalian :)

First to all , thanks to all yang baru follow blog aku yang xseberapa ni . terlebih dahulu , aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang terasa dgn post aku haritu . aku xdak terniat nak cakap belakang ke apa . aku just tulis apa yang aku rasa je . Bila reaction si Hana tu , aku dah rasa besalah sangat ngan dia . aku bukanlah nak cakap belakang pasal dia ataupon sesiapa . seriously , janganlah anggap post tu , aku nak kutuk hampa semua . aku just tulis apa yang aku rasa .

Aku banyak masalah sangat . aku kadang fikir pasal duit aku yang tak cukup nak survive kat unikop ni . yelah , hutang keliling pinggang . even aku pinjam sikit ja , tapi bukan sorang ja aku pinjam . ramai . aku jadi takot kalau aku xcukup duit nak bayar balik . And , aku punya family pun ada problem , aku ni sulung . Kalau ada apa2 masalah , mak aku nanti bagitau segala problem kat aku . mmglah mak aku just bagitau aku , tapi aku rasa gak tanggungjawab tu . takkanla aku just buat xtau ttg problem family aku . Pasal study ni , aku dah makin stress . aku xdatang kelas2 tu bukan apa , bukan sebab malas , aku jadi letih sangat , and cepat sangat aku rasa letih . aku xtau kenapa ngan aku . aku rasa mcm aku ni dah berpenyakit plak .

SO , aku harap semua paham . aku bukanlah nak mintak simpati cuma paham keadaan aku pun dah kira bersyukur sangat2 . seriously , aku just nak berkawan ngan semua orang . aku pun kena jaga hati and perasaan orang gak . aku takot nak xsuka aku plak . yelah , mula2 suka, nnt last2 ckp smua pasal buruk aku . Aku mintak maaf sangat kepada semua budak kelas BM111 3C especially Nurfarhaana Nafiz . Sorry sangat2 . :(

Actually , aku rindu sama PENANG. ohh :(

Sebelum itu , aku ingin meminta maaf karena tidak hadir meeting kedua untuk team Basketball . harap maaf sangat2 . aku keletihan lalu tidur xingat dunia . hoho . sekali lagi maafkanlah . :)

Dah dekat 2 bulan aku tak balik Penang . dah macam berlaku dah . yang aku terkejut , si Wefer dah couple ngan si Sofea . Kekejutan aku agak melampau la jugak . Kira , member2 semua dah ada sorang satu . So , pandai2 jaga nahh . anak orang itu . HAHA .

Aku dengaq creta , baru2 ni uwais pun dah sambung belajaq kat Kelantan . agak jauh la . aku rasa dia nak balik Penang nnt pun jarang2 . Mksudnya , aku nak jumpa dia lagi la susah , sbb aku pon jarang pulang ke Penang . Rindu nak tengok Penang Bridge bila malam ngan siap lampu . lawa wei . Pastu ngan Nasi Kandaq , Nan Cheese . and Durian . Kawan aku ada post kt fb gambaq pulut durian . cehh , buat aku terliuq ja . haha .
Kalau la boleh aku cuti lama2 , aku teringin nak spend time ngan kawan2 aku especially , kawan sekolah aku . Aku admit , aku banyak kawan perempuan , tapi lelaki pun banyak , so sama banyak . Aku ni suka berkawan , janji dia pandai jaga perangai dia sudah . aku tak suka orang sombong dengan duit . puii . menyampah aku . aku berkawan tahu batasnya . 16hb July ni dah start mid-semester break . Aku boleh la pulang . Maybe harini masuk duit MARA aku , pastu aku leh beli ticket bas dah . Nabihah dah cakap nak balik sama2 ngan aku . Mama pon dah ingatkan aku tolong tengok2 kn si Nabihah ni . So , dia confirm balik ngan aku . Kepada semua Unikopians and Uitm students , selamat bercuti nanti . haha . xpandu cermat jiwa kacau . Selagi IbuBapa masih ada , pulanglah anda . Jangan menyesal kelak hari .

Tuesday, June 28, 2011

Siapa Aku di Mata Kalian ?

First post aku . Sorry kalau bahasa aku ni terlalu baku dan ya aku saja bakukannya sebab ini 1st post aku dalam blog ni . Terlebih terkurang harap dimaafkan .

Semakin hari aku rasa semakin stress . Aku takot dengan apa yang akan berlaku esok , lusa dan seterusnya . Aku rasa tidak mampu untuk melihat aku pada hari seterusnya . Aku rasa kini aku bagaikan beban kepada semua orang . Hanya melihat kemesraan manusia diluaran sahaja . Mungkin aku perlu melangkah kebelakang, setapak demi setapak . Ya , aku sakit . aku rasa badan aku makin lesu dan tidak bertenaga . Aku tidak tahu pada siapa lagi aku ingin menagih simpati . Aku rasa tidak wajar untuk aku menagih simpati dan bantuan dari kawan - kawan sebab mereka juga masing - masing mempunyai masalah yang tersendiri . Kini , aku mula merasa hina apabila sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas baru aku , BM111 3C . Mereka yang berada di dalam kelas tersebut , tiada seorang pun yang berperangai yang seperti aku . Aku selalu memberitahu kepada Rosiana , salah seorang budak dalam kelas itu , aku rasa tidak layak aku berada dalam kelas itu sebab aku ini hanya akan pembawa masalah dan akan menjatuhkan reputasi kelas tersebut sebagai kelas terbaik dalam batch aku .

Rosiana cuba memberitahu kepada aku bahawa aku ini menceriakan dia dan mungkin budak - budak kelas 3C . Juga , dapat menghilang rasa stress mereka tentang prestasi akedemik kelas itu.

Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Rosiana itu , tapi sampai bilakah mampu bertahan dalam situasi yang ceria macam itu ? mungkin satu hari nanti , akan dipersalahkan atas perbuatan aku sendiri . Dan ketika , di manakah tempat aku itu mengadu ? Siapa yang mahu menyebelahi aku ? Mungkin ketika itu , aku akan di anggap sampah yang beterbangan dan tidak tahu dimana aku akan mendarat . dan aku tetap tidak berguna . aku mula terasa terpinggir .

Senyuman hanya mimik wajah , bukan perasaan aku yang tersenyum .

:)