Followers
Monday, August 22, 2011
Oh Ramadhan , Jangan Tinggal Aku Okay :(
Lebih kurang 7 hari lagi , umat Islam akan menyambut Aidilfitri dengan gembira seperti tahun-tahun sebelum ini . Tapi , ingatlah , bukan semua manusia di Malaysia mahupun di luar negara sana akan menyambut Aidilfitri dalam suasana yang harmoni atau gelak ketawa . Bila aku fikir fikirkan kembali , rupanya aku lebih suka Ramadhan dan Aidilfitri sekadar menyambut kejayaan aku berpuasa selama sebulan . Tapi , sebenarnya jika anda melakukan amal ibadah pada bulan puasa , percayalah , anda akan merasakan kepuasan merayakan Aidilfitri dengan sangat gembira walaupun di dalam kesederhanaan . Sekali lagi ingin aku ingatkan bahawa , dalam kalangan kita ini , masih juga yang tak dapat merayakan hari raya seperti kalian . Mungkin kesengsaraan menutup kebahagiaan pada hari raya mereka . Oleh itu , jika ternampak sesiapa yang berduka sedih pada hari nanti , bantulah dia , ceriakanlah dia .
Pernahkah korang ziarah kubur keluarga anda atau kenalan yang sudah lama meninggalkan kita ? seperti aku , atok aku sebelah bapa aku , sepupu aku , mereka telah pulang menghadap yang maha Esa . aku tahu , Allah lebih sayang akan mereka berbanding kami keluarganya . Actually , aku rindukan raya masa aku kecik dulu . sebab aku still boleh jumpa orang yang sudah tiada skrg . Kadang2 aku jadi rindu , atok dan nenek aku belah mak aku pun , dah sakit . bila aku tengok diorang aku jadi sedih . tambah2 bila atok aku tu , selalu cakap kat aku nak aku jadi Pegawai Daerah . Mak aku cakap , aku ini cucu kesayangan dia . tapi , memang tak dapat disangkal lagi , memang aku tgk cara layanan dia kat aku , memang lain dari dia layan cucu yang lain . Atok aku ada cucu dan cicit seramai , bila dah campur2 , lebih kurang 60 lebih , kalau tak silap aku . yelah , pkcik dgn mkcik aku pun dah 14 orang . Sebab tu , aku lebih suka beraya kat kampung mak aku , sebab ramai . lagi ramai lagi syok oh .
Tapi , sekarang banyak dah berubah . tak macam dulu dah . semua sekarang dah busy . ada juga yang dah takmau balik kampung . Entahla , hati aku ini jadi sebak bila banyak perubahan dalam keluarga aku ini , tambah2 , bila nak bulan raya ini . aku rasa lebih rela berada di bulan Ramadhan . Tahun ini , aku rasa macam aku tak cukup beramal dengannya . aku macam tak berguna je . Alhamdulillah kalau korang dapat merasakan nikmat berpuasa .
Aku harap sangat yang aku boleh jumpa Ramadhan sekali lagi tahun depan . aku harap amalan aku akan diterima-Nya . ohh , mungkin raya sekali lagi , raya terakhir aku belajar kat kolej ini . mudah mudahan aku berjaya dalamm hidup . Amin . Malam raya , paling aku nak dengar bukan lagu raya , tapi , Takbir Raya :)
Kepada kawan kawan yang dah jauh dari aku , aku nak mintak maaf atas segala kesalahan aku . Even , korang banyak buat aku sedih , tapi aku lebih suka bersedih daripada berpisah daripada korang . Salah seorangnya , Hidayah Zaini . aku teringin nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri tapi aku tak tahu kau kat mana skrg . harap kau dgr ucapan aku ni . tahun lepas merupakan raya aku yang agak sedih sebab ex aku mintak break ngan aku dengan alasan , selama dia kapel ngan aku cuma terpaksa . tapi , aku harap ini takkan terjadi di raya ini . ohh , kepada kawan aku Afira Azira Munirah yang telah kembali ke Rahmatullah , ku sedekahkan kau , Al - Fatihah :')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahaha . aq yang dekat tengah2 tuhh ! :)
ReplyDelete