Followers

Monday, July 9, 2012

Because I Miss You

The same sky like always, the same ordinary day
The only difference is that you're not here
I want to smile, pretending to have forgotten everything
Pretending it's nothing
I want to live smiling

Because I miss you,
Everyday I keep calling you alone
Because I miss you,
Now I keep calling your name like a habit
Again today

 I thought I sent you away without any regrets
No, no, I couldn't send you away yet
It seems like I'm going to die, what should I do?

I love you, I love you, I love you
Without even saying those words, I sent you away like this
I'm sorry, I'm sorry, do you hear me
Can you hear my late confession?
I love you

Original - Yong hwa - Because I miss you (Heartstrings OST)

Monday, July 2, 2012

Andai kau ingat

Fareed , siapa yang tak kenal dia , budak paling bermasalah di sekolahnya . Menjadi perhatian oleh para guru disekolahnya kerana sikapnya yang suka ponteng sekolah . Tetapi pihak sekolah tidak membuangnya dari sekolah kerana kehidupan tidak seperti orang yang masih beribu dan berbapa . Sekarang , dia hanya tinggal dengan neneknya yang sakit . segala berbelanjaannya ditanggung oleh pakcik dan makcik nya . itupun hanya hal-hal yang berkaitan dengan sekolah . boleh dikatakan , dia juga disisihkan oleh keluarganya . tiada siapa yang ambil berat tentangnya .

Suatu hari , seperti biasa , dia masih ponteng sekolah bersama kawan kawannya . Sedang dia berjalan di kaki lima , terlihat seorang perempuan yang kecil tubuh badannya , berjalan dihadapannya . Dengan tiba tiba , perempuan itu tumbang terlentang di depannya . Tapi , dia cuma buat tak tahu , lagipun di situ , keadaan yang agak sunyi tanpa orang disekelilingnya . Dia teruskan perjalanannya . Setiap langkahnya meninggal perempuan yang pengsan disitu , semakin dia rasa bersalah . Jadi , dia ambil keputusan untuk patah balik dan tolong perempuan . "oi, budak pendek , kenapa dengan kau ? hoi . kau dengar tak ?" . Perempuan tetap tak sedarkan diri . tanpa berpikir panjang , dia terus mendukung perempuan itu , dan ke klinik yang berdekatan .

Setibanya dia di klinik , mencari cari doktor supaya segera merawat perempuan itu . Doktor bertanya kepada Fareed , "Mengapa dengan perempuan ini ?" . Lalu Fareed menjawab , "tak tahu doktor , tiba tiba je dia pengsan kat kaki lima kat sana tu . Sumpah , saya tak buat apa apa kat dia doktor . Sumpah !" . "Sabar encik , saya tak tuduh kamu pun . takpelah , tolong saya bawak dia ke dalam bilik rawatan." . Setelah , diperiksa oleh doktor , dia terasa ada yang tidak kena dengan bahagian otaknya . tapi doktor tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk membuat rawatan yang selanjutnya , jadi , doktor arahkan supaya dibawa ke hospital . Doktor juga telah memaklumkan ahli keluarganya . "Encik , awak boleh ikut sama sama tak ke hospital ? supaya ada orang boleh temannya sementara keluarganya datang . boleh ?" . Fareed hanya mengangguk .

Sampai sahaja perempuan itu , pihak hospital ambil keterangan peribadinya . Fareed terlihat namanya . Syafiqah Bt. Nordin . Setelah selesai , Syafiqah ditempatkan di wad tetapi pihak keluarga masih tidak sampai . Beberapa minit kemudian , Syafiqah mula sedarkan diri dan terkejut melihat Fareed . "Awak ni siapa !? saya dimana ni ?" . "Bertenang cik , saya Fareed . tadi awak pengsan , jadi saya bawalah awak ke sini . Sumpah , saya tak buat apa apa pun." . "Oh , ye ke? minta maaf . saya cuma takut diapa apakan saja." . "Tapelah , awak rehat la okay?"

Sejam kemudian , keluarganya datang dengan keadaan yang cemas . Setelah berbincang dengan doktor . Ibu bapanya kedua dua mula sedih . Fareed kebingungan kerana anaknya cuma pengsan tapi mengapa perlu nangis . Sesudah berbincang dengan doktor , ibu bapa terus ke arah Fareed . " Jadi , anaklah yang tolong bawakan anak saya ke sini ? pakcik berterima kasih sangat sangat . Kalau tak , tak tahulah apa yang akan jadi pada anak pakcik ni." . Fareed hanya senyum .

Sejak hari itu , Fareed rajin menziarahi Syafiqah . bermacam macam Fareed bawa kepada Syafiqah dengan mengunakan wang saku dan simpanannya . Demi melihat Syafiqah sihat dan senyum selalu . "Fareed , kan iqa dah cakap , tak payahlah bawak buah tangan ni semua . cukuplah Fareed datang tengok iqa . Iqa dah happy sangat sangat." . "Fareed , ada benda yang iqa nak beritahu , ahad ni , iqa ada operation . Doakan kat iqa okay ? :) " . "Eh? kenapa sampai kena operate operate pulak ni ?" . "Iqa kan sakit . Iqa kena buat operation jugak . Doktor kata , dalam kepala iqa ni ada ketumbuhan . kena bunag cepat cepat sebelum benda tu membesar . Tapi , awak jangan risau . Iqa kuat :) " . "Siapa risau wahai budak pendek ? haha . Fareed tahu , iqa kuat . nanti bila iqa dah sihat , Fareed nak ajak iqa jalan jalan . nak ?" . "Mestilah nak , kalau Fareed ada , iqa rasa selamat ."

Pada hari operation tersebut , Iqa teringin jumpa Fareed dahulu . "Fareed , sebenarnya Iqa takut . tapi , Iqa tahu , Fareed tunggu Iqa kan?" . "Ye , Fareed tunggu . Jangan lupa Fareed pulak? Boleh?" . "Ish , merepeklah Fareed ni . Kenapa nak lupakan orang yang Iqa suka pulak . Eh .. hee" . Fareed tersenyum lebar . Operation sudah bermula . Hampir 5 jam operation itu dijalankan , tapi Fareed masih tunggunya . Sesudah tamat dibedah , Iqa dihantarkan kembali ke wad . Iqa masih tak sedarkan diri kerana biusnya mengambil masa untuk kembali normal . Ibu bapa menyuruh Fareed pulang dahulu , dan datang kemudian hari .

Pada keesokkan harinya , Fareed datang dengan hadiah untuk Iqa . "Hai Iqa , dah sihat ?" . Iqa mula terasa pelik lalu bertanya , "Awak ni siapa ? saya ada kenal ke ?" . Riak wajah Fareed mula berubah , " Ini sayalah Fareed . yang teman awak tiap tiap hari di hospital masa awak sakit haritu ?" . Iqa mula memegang kepalanya kerana kesakitan . Iqa tak dapat ingat siapa Fareed . " Awak kan dah janji nak keluar dengan saya , Iqa . takkan awak lupakan saya . Ini Fareed la" . Iqa meraung kesakitan . Ibu bapanya meminta Fareed tinggalkan Iqa dan meminta maaf dengan keadaan Iqa . "Pakcik harap , Fareed tak datang lagi . harap Fareed faham dengan keadaan Iqa sekarang ni . Selagi lagi , pakcik minta maaf . Sebelum pakcik terlupa , Iqa ada suruh pakcik sampaikan surat ini pada Fareed jika Iqa jadi sebegini . Sebenarnya Iqa pun tahu , dia akan begini .

Kepada Fareed ,

Iqa sangat beruntung kerana dapat kenal Fareed . Iqa tahu , Fareed baik orangnya . Tapi , mungkin semasa Fareed dapat surat ini , Iqa mungkin tak kenal lagi Fareed dan mungkin ada masalah untuk ingat siapa Fareed . Operation memberi sedikit kesan pada Iqa . Mungkin apa yang jadi antara kita , Iqa tak dapat ingat sampai bila bila . Iqa minta maaf . Minta maaf sangat sangat . Tapi , Iqa ingin Fareed tahu , Iqa suka Fareed . cara Fareed layan Iqa , ambil berat pasal Iqa , Iqa terasa yang Iqa ni sangat berharga . Terima kasih , Fareed . Harap Fareed belajar sungguh sungguh . Dan mungkin Fareed akan dapat yang lebih baik dari Iqa yang sakit ni . Sekali lagi , Iqa minta maaf . :'(

Terima kasih.. Fareed

Mula dari saat itu , Fareed mula berubah cara kehidupannya . Dia tidak lagi ponteng sekolah , malah perubahannya menarik perhatian para guru . Tapi , kini Fareed hanya mampu melihat Iqa dari jauh . Iqa mungkin tidak akan pernah ingat akan Fareed , tapi perkenalannya dia dengan Iqa , walaupun singkat , Fareed tidak pernah akan lupa . Kerana , Iqa juga membuat Fareed rasa dihargai dan membuat Fareed ada sebab untuk berjaya . Ia semuanya kerana Iqa . Syafiqah binti Nordin .

*Ada manusia yang berkesempatan untuk menghargai seseorang tanpa sebarang halangan , tapi kenapa kita sia siakan . Janganlah kita sia siakan orang yang sebenarnya sangat berharga pada kita . Jika tidak , saat kita kehilangan dia , itulah saat kita mula menyesal . dan tidak mungkin akan sama peluang yang kita dapat dahulu .*


Sunday, May 13, 2012

Mungkin Salahku Terlalu Mencintaimu

Kisah bermula apabila Haris dipindahkan sekolah yang dekat dengan rumahnya .
Pada mulanya , Haris seorang agaknya yang pendiam dalam kelas , maklumlah baru pindah sekolah . so , ambil masa untuk rapat dengan orang lain . Lama kelamaan , Haris mula rapat dengan Akil dan Suraya . perhubungan diorang makin lama makin akrab . mungkin kerana Haris tak mempunyai kawan yang lain . Akil dan Suraya memang layan Haris dengan baik .
Setahun sudah berlalu , kini mereka dalam tingkatan 5 . tahun terpenting bagi mereka dan yang paling penting mereka bertiga berjanji untuk berjaya sama sama dalam SPM . pada satu hari , Akil cuba memasangkan Haris dengan seseorang memandangkan Haris masih berstatus "Single" . Tetapi Haris tidaklah terniat untuk mempunyai sesiapa dalam hidup dia kecuali kawan kawannya . Lagipun dia mahu tumpukan sepenuhnya kepada pelajaran dalam tahun yang penting bagi dia untuk menentukan masa depannya . Akil tetap mahu kenalkan Haris dengan gadis kenalan dalam facebook itu . sekali Haris terlihat photonya , Haris terpersona dengan kecantikan gadis itu lalu cuba menegurnya dengan bantuan Akil . lama kelamaan Haris dan gadis mula rapat .

''Syazana , Haris ada benda nak beritahu awak ni , tapi malu lah. ''

''benda apa tu awak? apa yang nak dimalukan , beritahu lah :) ''

''saya SUKA sangat sama kamu . Entahlah , bila awak message saya , saya jadi happy sangat walaupun awak just message "buat apa tu?" :) lagipun , saya taktahula kenapa saya jadi tak keruan bila awak mendiamkan diri . hum , salahkah apa yang saya rasakan sekarang ni ? ''


''Haris.. saya nak minta maaf sangat sangat kalau saya buat awak macam tu . secara jujurnya , saya suka awak kita rapat macam ni . tapi , saya tak boleh sayang dua orang dalam satu masa . saya memang sukakan someone , namanya Faizal , dia kawan saya sejak dari sekolah rendah , tetapi dia sudah mempunyai teman wanita dia . walaupun dia sudah berpunya , saya masih nak tunggu dia , sebab dia juga sayangkan saya cuma dia tak sanggup nak tinggal teman wanitanya yang sayang sangat pada dia . Harap awak faham dengan keputusan saya ini .''


''Beginilah , saya rasa susah saya nak ubah pendirian saya yang saya suka pada awak . tapi , saya hormati dengan keputusan awak . saya boleh tunggu awak sebagaimana awak boleh tunggu si dia . awak mesti tahu perasaan menunggu itu kan ? tetapi , kita lain sedikit lah . sebab saya tak tahu perasaan awak . tapi , jujur , saya tak pernah rasa suka pada mana2 gadis seperti mana saya sukakan awak sekarang ni .''


''Awak.. okay . saya memang perlukan awak . jangan tinggalkan saya okay ? please ?''


''okay , Syazana :)''


Walaupun mereka semakin rapat , Syazana tidak pernah lupa akan pelajarannya itu . tapi tidak bagi Haris . perasaannya itu membuat pelajarannya terganggu . setiap hari dia asyik merisaukan takut takut suatu hari Syazana mendiamkan diri dan tinggalkan dia . Keresahannya itu bercampuk aduk dengan pelajarannya itu yang masih tidak bersedia walaupun SPM tinggal hampir sebulan . Pada malam sehari sebelum paper yang pertama , Haris mengambil keputusan untuk ke rumah Syazana dengan harapan dapat tenangkan perasaannya yang resah akan dirinya yang tidak bersedia untuk menjawab SPM .

Haris memandang ke arah tingkap bilik Syazana . Dia terlihat Syazana yang tengah mengulangkaji .

''Syazana ! pssttt. awak .''

Tetapi Syazana tidak perasan akan kehadiran Haris itu walaupun dipanggil beberapa kali . Haris terus pulang dengan hati yang kecewa .

Kini , tamatlah sudah SPM bagi pelajar pelajar yang menduduki pada tahun itu . Haris dengan sedikit gelisah kerana tidak dapat menjawab dengan baik . Haris cuba menghubungi Syazana , tetapi , tidak diangkat . berkali kali Haris cuba menghubungi Syazana . tetapi , kekecewaan yang menimpa Haris yang tersangat rindu akan Syazana .

Pada satu hari , Syazana menghantar satu message ,

- Maafkan saya kerana lama mendiamkan diri . saya cuba membantu awak untuk melupakan saya . saya tidak boleh sayang atau cintakan awak . lagipun , saya tidak berapa suka perangai awak yang seperti ingat mendesak saya terima cinta awak . saya perlukan masa untuk sayang orang . lagipun , saya susah untuk terima orang . and please lah , jangan ceritakan hal kita pada kawan kawan saya . saya tak suka dituduh memainkan perasaan awak . tapi takpe , mungkin awak tak tahu , jadi saya beritahu awak sekarang ni . tolonglah , jangan paksa saya macam ni okay ? -

Haris tak dapat menahan airmatanya selepas membaca message yang dihantar Syazana . Haris selalu berfikir , apa salahnya mencintai orang yang dia sayang .
Haris , hanya mampu menghantar message ini sahaja ,

- Jika awak masih perlukan masa , saya tetap boleh tunggu awak . difikiran saya ni , cuma ada awak . saya memang tak boleh terima gadis lain dah walaupun dia lawa or lagi 'caring' dari awak . sebab hati saya ada awak dan awak sahaja . Maafkanlah jika saya buat hidup awak menanggung malu kerana cinta saya pada awak . Mungkin saya salah dimata awak , tetapi , saya berani bersumpah , tiada sekecil besar kuman pun , saya nak malukan awak atau buat hidup awak terganggu . Tuhan sahaja yang tahu betapa saya sayangkan awak . Maafkanlah saya , jika awak sudah terbuka hati awak , beritahulah saya . dan saya berjanji , saya takkan ganggu hidup awak lagi jika itu menganggu fikiran awak . Salam. -

Selepas 5 tahun , pelbagai cerita yang Haris lalui, Akil pun sudah meninggalkan dia akibat Haris membela Syazana walaupun Haris diperkecil kecilkan . Akil tidak suka Syazana lakukan begitu kepada Haris , tetapi Haris tetap dengan pendiriannya untuk tunggu Syazana . Haris dan Akil kini tidak lagi berhubung kerana pertengkaran itu . Akil terasa amat bersalah kerana dialah punca Haris sebegitu . tetapi , Akil tidak mampu buat apa2 lagi . Begitu juga Suraya yang kenal sangat dengan Syazana itu . Suraya tahu , di hati Syazana tidak mungkin terdetik untuk menerima Haris . tetapi , setiap kali Suraya beritahu kepada Haris , Haris tidak mengendahkan Suraya . Oleh itu , Suraya ambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja .

Suatu hari , Haris terbaca blog Syazana . tulis entry pasal Haris

"Haris , saya tahu awak akan baca entry saya ni . so , saya harap awak mengerti mengapa saya still tak beri jawapan kepada awak . dah hampir 5 tahun dah , tapi still , saya takleh terima awak . makin lama saya makin naik rimas dengan awak . tolonglah , give me some space . hati saya ni dimiliki oleh Aiman , saya sayang dia dan maaf bukan awak . jangan salahkan saya , saya tak suruh awak tunggu saya , dan saya tak beri harapan kat awak pun . kerana masa tu pun , saya hanya cakap yang suka sembang , message ngan awak je . awak je bagai nak gila , cinta and suka saya . Then , disebabkan itu , awak cerita pasal saya yang still tanak terima awak dekat kawan kawan saya . Benci sangat . tolonglah , saya tak mahu buat apa apa lagi yang boleh buat kita berhubung lagi . we are done , okay ?  away"

Tiada apa yang dapat diucapkan oleh Haris . sebak didadanya . kerana gadis yang menjadi impiannya untuk dijadikan isteri yang sah , memberi jawapan sebegitu kepadanya . Sia sia sahaja Haris menunggu Syazana .
Oleh itu , Haris cuba menerima keputusan ibunya itu yang ingin jodohkan Haris dengan wanita sekampung dengannya . Haris tidak mempunyai perasaan apa apa terhadap keputusan ibunya itu . Haris cuma berniat untuk mengembirakan ibunya dengan menerima keputusan ibunya itu ,

Setahun kemudian , pernikahan Haris dengan gadis pilihan ibunya itu dilangsungkan . Walaupun sudah tiba hari pernikahannya itu , Haris masih belum tahu siapa pasangannya itu . tetapi Haris masih tidak boleh melupakan Syazana . Menitis airmatanya bila mengenangkan yang pasangan hidupnya bukan lagi Syazana tetapi orang lain yang dia tidak kenal . Setelah sampai ke rumah Pengantin perempuan , barulah dia terlihat bakal isterinya . Setelah dia melihat bakal isterinya itu , dia cuba melupakan Syazana dengan setia pada isteri yang mungkin menemani di dunia dan akhirat . Haris ,

''dengan lafaz Bismillah , Aku terima nikahnya , Soffiya Ar-Raudah binti Abu dengan mas kahwinnya RM200 tunai.''

Selepas itu , Haris membisikkan sesuatu ketelinga isterinya , setelah semuanya selesai .

''Abang harap , abang dapat mecintai Soffiya dengan sepenuhnya , bantulah abang . Dan , abang berjanji akan jaga Soffiya sampai Abang mati . InsyaAllah . okay , sayang ? :)''

Soffiya tersenyum sambil mengalir airmatanya , dan menjawab

''Terima kasih, Abang . Bimbinglah saya dan saya akan temani Abang selagi saya hidup . dan kini , cinta saya hanya untuk Abang .''

Selepas pernikahan mereka , Haris makin lama makin dapat melupakan cinta pertamanya itu , Syazana . Dan , perubahan Haris membuatkan hidupnya dengan keluarga lebih ceria dan bahagia . Oleh itu , tak semestinya cinta pertama kita akan menjadi kekal dengan kita . Jadi , hargai orang sekeliling kita . terimalah orang yang sayang akan kita , kerana ianya lebih baik . dan dialah dapat mengubah hidup kita menjadi lebih bahagia . InsyaAllah :)

Sunday, May 6, 2012

Buta Akan Cintanya

Seperti semalam aku rasa dia ada dengan aku . bila aku fikirkan balik , aku bodoh . sia sia kan dia . bukannya aku tak tahu , dia sayang sangat aku . Aku saja lelaki dimatanya . setiap kali dia telefon aku , dia mesti menangis kerana rindu sangat akan aku , tetapi aku buat apa , aku hanya buat tak tahu seolah olah tak dengar tangisannya . aku rindu mendengar tangisannya yang perlukan aku disampingnya .

Setelah beberapa kali dia telefon dalam keadaan sebegitu , pada hari itu, dia langsung tidak nangis . aku juga hairan . mengapa kali itu , dia langsung tak menangis . Tak semena menanya , dia dimarahi aku .

"Apasal hari ini tak nangis ? selalu nangis macam ada orang mati . hari tak pulak"

 aku pun tak tahu kenapa aku harus marahnya padahal selalunya aku tak kisah kalau dia menangis . tapi, dia hanya diam sahaja . bertambah marah aku kepadanya ,

" kenapa diam? ada jantan lain ke? nak putus? putus lah !"

Lalu , dia menjawab dengan perlahan ,
 "minta maaf abang , saya tak ada siapa siapa pun kecuali abang . saya tak nangis harini sebab tak mahu abang jadi rimas dengan saya . saya tanak abang tinggal saya . saya mohon , tolonglah layan saya baik baik . itu sahaja yang saya minta .

aku menjawab,
"oh , putar belit pulak kau kan ? kau nak simpati dari aku ? tak tahu malu ."

Makin hari , dia semakin mendiamkan diri . aku asyik leka dengan perempuan yang baru aku kenal . boleh dikatakan dia itulah idaman setiap lelaki . perfect . Tapi , aku hairan , kenapalah bapak aku wasiatkan aku untuk jaga perempuan yang tak guna tu dan paksa aku kahwin dengan dia selepas dia habis belajar . padahal , aku boleh dapat yang lagi bagus dari dia .

pada suatu hari , aku sudah tidak tahan dengan perempuan tu , aku nak bersemuka dengan dia . aku nak putus dengan dia . aku buat keputusan untuk ke kolej dia dengan harapan itulah yang terakhir kalinya aku jumpa dia . setiba aku di kolej nya , aku masih tidak dapat berjumpa dia . hati aku makin panas kerana dia . jadi , aku cuba tanya budak budak disitu . kebetulan seseorang yang lalu sebelah aku lalu terus aku tanya,

"dik , kenal tak Izzati ? tahu tak kat mana dia ?"

 lalu gadis bertudung itu menjawab,
"oh , zati . kenal . tapi awak ni siapa ?"

Aku jadi terkedu untuk menjawab soalannya itu .

"humm , saya kawan dia . Syafiq ."

Gadis itu terkejut. "Oh , jadi , awaklah Syafiq yang selalu di ceritakan tu . Saya Atiqah , kawan sebilik dia ."

aku jadi sedikit marah ,
" Dia cerita apa pasal saya ?" 

"Zati selalu cerita yang awak selalu jaga dia , selalu ambil berat tentang dia , bimbing dia . boleh dikatakan , awak terlalu baik kepadanya". gadis itu jawab dengan muka yang gembira .
 Aku terkelu tak berkata kata .

"Hum , dia dimana sekarang?"

"Zati? dia kan dah seminggu dekat hospital , takkan awak tak tahu? Hospital Selayang. saya baru
balik jumpa dia tadi" .
Aku terketar ketar mendengar kata kata gadis itu . aku terus tinggalkan gadis tanpa sebarang kata .

Dalam perjalanan aku ke hospital , aku tak tahu kenapa aku jadi sedih . kenapa aku terasa bersalah kat dia . aku tahu , aku tahu . sebab , dia tak pernah layan teruk kat aku . Dia selalu hormat aku . walaupun aku selalu maki hamun dia , dia tak pernah melawan . rupanya , dia sakit . tapi , mengapa dia tak beritahu aku dulu . Ya Allah , mengapa aku bebani dia sedangkan dia menanggung kesakitan keseorangan . sebab itulah dia nak aku layan dia elok elok . sebab dia tiada siapa siapa lagi . bagaimana dia boleh galas semua beban ini . walaupun dia tidak berayah dan ber ibu , dia masih tanggung semua ni . Apa jenis lelaki aku ini .

Sampai sahaja dia wad nya , aku lihat doktor dan ramai nurse yang sedang merawatnya . aku tidak dibenarkan masuk . tapi aku terlihat dia tercunggap cunggap , masa tu aku rasa , ya Allah , ampunkan dosa aku . Engkau selamatkanlah dia yang tidak lagi berdaya ini . beberapa minit kemudianya , doktor keluar dari wad itu . Doktor terlihat aku lalu bertanya ,
"Siapakah kamu ?"

"aku tunangnya , bagaimana dengan dia doktor?"

"Encik , banyakkan bersabar . kami dah lakukan sedaya upaya kami utk selamatkan dia. tapi itu semua diluar kuasa kami , kita hanya usaha , Allah yang tentukan segalanya . Ternyata... Allah lebih sayangkan dia..."

Terduduk aku mendengarkannya , tiada peluang untuk aku menjaganya . aku menangis tak terhenti henti . "Zati.. maafkan abang . abang tidak tahu , permintaan terakhir Zati hanyalah layanan baik utk Zati . Ya Allah , ampunkan dosa aku . tapi kenapa dia tidak beritahu yang dia mempunyai kanser . kalau aku tahu , mungkin aku tak buat dia macam ni . tapi aku tahu , tiada lagi peluang . Inilah kali terakhir aku berjumpa dengannya , seperti mana aku cakap . Zati , maafkan abang ini Zati , Zati... abang tahu abang salah... maafkan abang, sayang.. :'((

aku terima satu nota dari gambar aku yang dia simpan , "Asalkan Abang ada , saya kuat :) "...

Zati.. abang buta akan cinta dari sayang . abang akan selalu doakan sayang . pergilah sayang dengan tenang.. :'(

Monday, December 26, 2011

Aku Bukanlah Untukmu

Arif , seorang jejaka yang dikenali dengan sifatnya yang suka lukakan hati perempuan , kini dia berada ditingkatan lima . Walaupun perangainya dibenci kaum hawa , tetapi tuhan telah jadikannya seorang yang pintar . Hampir setiap perempuan di sekolah dipermainkan olehnya . Pelajar perempuan tetap terpikat akannya kerana pandai berkata kata dan juga rupanya yang menawan hati perempuan . Oleh kerana itu , perempuan jadi buta dan membenarkan hati mereka kepadanya .

Pada suatu hari , hidup Arif berubah . Semua tidak menyangka akan perangai yang suka mainkan perempuan itu , berlainan dari itu . Zarina , membuka hati Arif untuk serious dalam perhubungan . Zarina adalah pelajar yang baru pindah ke sekolah tersebut malah satu kelas dengan Arif . Perempuan yang bertudung itu dan cantik serta sopan santun itu membuat Arif berdebar debar setiap kali melihatnya . Tapi , Zarina sedikit pun tidak pandang kepadanya . Arif menjadi hairan kerana selalunya perempuan akan melihat wajahnya yang tampan itu . Tetapi tidak pada Zarina walaupun Arif sudah banyak kali cuba menegur Zarina .

Akan tetapi , beberapa minggu kemudian , Zarina datang ke meja Arif dan menegurnya . Arif terkaku melihat perempuan yang selalu mendiamkan diri , mula menegurnya . Arif pun cuba melayan Zarina . Semakin hari , mereka menunjukkan perhubungan yang positif dan Arif mula menunjukkan kesungguhannya terhadap wanita . Perhubungan mereka ini berlanjutan sehingga tamat persekolahan .

Arif bernekad untuk menyatakan sesuatu kepada Zarina . "Awak , saya ada sesuatu nak beritahu kepada awak . Boleh tak saya cakap ? " , Arif gugup . tetapi Zarina hanya senyum seolah olah mengiyakan pertanyaan Arif itu . Lalu Arif berkata , " Boleh tak awak jadi tunang saya dan saya sangat serious ni . saya dah fikir masak masak . Hanya awak je yang ada dalam hati saya ni ." Tetapi Zarina menjawab , "Arif , masih terlalu awal . Maaf " . Arif terasa sedikit hampa tetapi apabila melihat Zarina tersenyum , kehampaan Arif itu terubat .

Setelah mendapat tahu keputusan SPM , Arif terpaksa melanjutkan pelajarannya keluar negara . Oleh kerana itu , dia terpaksalah meninggalkan Zarina , demi masa hadapannya dan juga kerana keluarganya yang menyuruhnya menyambung pelajaran di luar negara . 3 tahun Arif terpaksa berjauhan dengan Zarina . Tetapi , sejak dari itu , mereka dah putus hubung . Arif sudah banyak kali antar email dan telefon Zarina , tetapi , Zarina tidak menjawabnya . Malah facebook Zarina juga telah deactived . Arif menjadi hairan akan tingkah laku Zarina sebegitu .

Selepas 3 tahun , Arif kembali ke Malaysia . Alangkah rindunya Arif akan keluarganya . Tetapi , dia juga masih tidak lupa Zarina . Arif terus mencari di rumahnya . Setelah sampai , Arif cuba memanggil Zarina . Ibu Zarina keluar lalu memberitahu kepada Arif bahawa Zarina keluar dengan suaminya . Arif terkejut. "Makcik , Zarina dan suaminya ? bila dia kahwin , makcik ?" . Ibu Zarina menjawab , "Oh anak ni tak tahu ke ? Zarina dan Farid kahwin 3 tahun yang lepas . Dah ada anak seorang dah pun." Arif terus meninggalkan dari rumah itu . Luluh hati Arif mendengar Zarina itu sudah kahwin . Sebaik sahaja Arif pulang rumah , Arif terus ke biliknya . Terlihat sepucuk surat di atas mejanya .

Arif Fadhlan ,
Maafkan Zarina kerana membuat keputusan ini . Bukan niat Zarina , untuk mempermainkan perasaan Arif . Tetapi , Farid telah lama menunggu Zarina . Zarina juga tidak tahu untuk membuat keputusan . Anggaplah kita tiada jodoh . Zarina , bukan untukmu , Arif . Mungkin Arif akan jumpa jodoh untuk Arif tetapi bukan Zarina . Sekarang Zarina sudah menjadi isteri orang . Harap surat ini dapat menjawab mengapa Arif tak dapat menhubungi Zarina . Zarina sudah dimiliki orang . Biarlah kenangan kita menjadi bukti perhubungan kita . Zarina doakan kebahagiaan Arif . Assalamualaikum .
Dari ,
Zarina Safiyah


Ingatlah , Allah itu Maha Adil . Jangan sesekali kita mainkan perasaan orang . Tidak kira lelaki ataupun perempuan . Kerana Hati itu umpama Kristal , terserahlah kepada kita bagaimana cara kita menjaganya . Janganlah sesekali hancurkannya , kerana tidak akan ada nilainya lagi jika ia berderai . Walaupun kita cuba membaikinya kembali , tidak mungkin sama akan nilai asalnya .





Saturday, November 12, 2011

Mungkin Sudah Tiba Masaku

Setiap manusia akan menghadapi kematian di saat ajalnya tiba . Seberapakah kita sudah bersedia ? Orang kata , kalau kita disaat hampir dengan kematian , tanda tandanya akan nampak .

Tapi , bagaimanakah perasaan kita disaat untuk meninggalkan orang yang kita sayang dari dunia ni . Apakah sempat apa yang kita impikan ?
Haris , dibangunkan dari kelekaan dunia . Entah mengapa dia merasakan , terasa jauh dari orang sekelilingnya . Haris tiba tiba terkenangkan dosa dosanya . Apa jua yang dia lakukan sejak dari kecil , walaupun dosanya sebesar zarah , dia terkenangkan kembali . Setiap kali dia memikirkan kesalahnya , terasa ingin kembali ke waktu dahulu untuk memperbaikinya , tanpa , kini hanya airmatanya menjadi luahan pada segala rintihannya .
Tapi , dia sedar . Dia hanya berpeluang untuk bertaubat kepada Allah . dia benar benar taubat dan dia sangat berterima kasih kerana menjauhkan dirinya daripada keseronokan duniawi . Alhamdulillah .

Haris , mengalami mimpi yang menakutkan baginya , kadang kadang , membuatkan dia merasa sedih . Suatu hari dia termimpi , kawan karibnya , Fauzi , memeluk erat tubuhnya , sambil menangis . tapi , Haris cuma terpinga pinga dan kehairanan denga sikap kawannya . Fauzi , cuma bercakap , "jangan tinggalkan aku" . Tapi , Haris tenangkan kawannya , "Jangan risau" dengan senyuman terukir diwajah Haris . Tetapi , bila Haris terbangun dari mimpinya , dia masih tidak faham mengapa Fauzi menangis kerananya .

Haris , terasa ingin bertemu dengan seseorang . Fira , selalu menunggu Haris untuk menerimanya . Fira seorang perempuan yang solehah dan taat kepada kedua ibubapanya . Haris bertekad untuk berjumpa dengannya . Haris membawa sejambak bunga kepada Fira . Disaat pertemuaan mereka , Fira terkejut melihat Haris .

"Haris , sejak bila awak sukakan bunga ? bukan ke awak allergic dengan bunga ?"

Haris dengan tenang berkata , " Takpe Fira , ini untuk Fira . Harap Fira suka.. :) "

Fira gembira kerana melihat perubahan Haris dan melihat cara layanan kepada Fira pun lain dari dulu .

"Fira , Haris nak cakapkan sesuatu ini.. , boleh ? "

"Boleh , Haris nak cakap apa kat Fira ?"

"Haris nak mintak maaf sebab membuat Fira tertunggu tunggu cinta dari Haris . Mungkin Haris salah sebab perangai Haris dulu memang teruk . Maafkanlah Haris . Dan.. Fira , carilah lelaki yang lebih baik dari Haris . Haris ini bukan untuk Fira . You deserve better than me . Haris harap Fira berjanjilah dengan Haris . Kalau sayangkan Haris , tunaikanlah permintaan Haris itu . please ?"

Fira menangis . " Tapi , kenapa Haris ? beritahulah Fira , kenapa? Fira sayangkan Haris sahaja . Tolonglah jangan buat macam ni kat Fira."

"Secara jujur , Haris pun sayangkan Fira . Tapi , ini bukan jodoh kita . Tak semestinya kita harus memiliki orang yang kita sayang , kan ? "

Fira terus menangis dan terus menangis . Tidak tertahan Haris melihat Fira menangis kerananya . Lalu , Haris terus meminta izin untuk undur .
"Fira , Haris balik dulu . Minta maaf Fira .. Assalamualaikum :') "

Haris terus meninggalkan Fira . Bukan niat Haris untuk meninggalkan Fira keseorangan , tetapi , dia sendiri tidak tertahan melihat orang yang paling sayang terluka kerananya .
Semakin hari , Haris terasa dirinya makin jauh dengan keduniaan ini .
Pada satu malam , selepas dia selesai menunaikan Solat Isya' , dia terasa ingin bukak "Facebook"nya . Dia cuba membalas semua komen dari kawan kawannya . tetapi , dia rasa terlalu banyak untuk dia membalas . Akhirnya , dia mengambil kata putus , untuk menulis di statusnya , "Maafkan saya :) dan terima kasih kawan kawan" . Selepas dia makan malam bersama keluarganya , dan ibunya , memasakkan lauk Daging Masak Merah , lauk kegemarannya . Tetapi , Haris cuma makan sejemput sahaja . Ibunya kehairanan , lalu bertanya ,

" Along , kenapa makan sedikit je ? itu kan lauk kegemaran Along ? "

"Mak , Along takde selera la ." Haris cuma menghabiskan air di gelasnya sahaja dan bangun .
Ibunya terasa amat pelik , kerana , Haris tidak pernah menolak lauk itu walaupun dia dah kenyang .
Sebelum semua orang masuk tidur , Haris pergi ke bilik adik adiknya . Entah bagaimana , dia terasa ingin memeluk adik adiknya itu walaupun mereka sering bergaduh . Haris mencium pipi adik adiknya seorang demi seorang dan cuma bercakap perlahan , "Adik , Maafkan abang ek?" . Lalu , Haris meninggalkan bilik adik adiknya itu . Dan , Haris berjumpa ibunya .

"Mak , Along nak salam dengan mak . pastu nak salam ngan abah ."
Haris salam dan mencium tangan ibunya .

" Mak , mintak halal makan minum Along sejak dari kecik , dan susu mak yang Along minum dulu . Mintak halal ye mak ? alang alang , Along minta maaf kat mak ek ? :) "

Emak , dia menjadi sebak tetapi masih dalam bingung . "Kau ni kenapa Along ? Buang tabiat ke? nak tido je pun . takyahla mengada . Mak , maafkan lama dah . sebab kau tu anak mak. dah p tido, dah malam ni."

Haris cuma tersenyum , " Terima kasih ye mak . hehe :) "

"Haaa , Abah pulak . Along nak mintak maaf kat Abah gak. Maafkan Along ek ? Halalkan makan minum Along ek?"

Abah menjawab sambil tersenyum , "Along ni anak abah , mestilah abah halalkan :) "

"Terima kasih , Abah " . Haris merasakan sangat gembira tapi dia sendiri pun tak tahu kenapa dia merasakan bahagia sebegitu . Lalu , Haris , bangun untuk keluar dari bilik . tetapi , sebelum dia keluar , dia memandang kedua ibubapa nya . Haris tersenyum.. "Selamat malam dan selamat tinggal :) ".

Haris telah pergi menghembuskan nafas terakhirnya semasa dia dalam tidur . Keesokkan dia dikebumikan di Masjid yang berdekatan dengan rumahnya . seluruh keluarganya kesedihan dan kawan kawannya juga turut menziarahi arwah untuk kali terakhir . Berita ini dapat ketahui oleh Fira . Pilunya hati Fira kerana dia baru tahu kenapa Haris ingin meninggalkannya walaupun , Fira tahu , Haris sayangkan dia juga . tapi , kini Fira redha . "Terima kasih ye Haris :'( "

Namun kita tahu , Allah lebih sayangkan dia ..

Haris bin Abu Sufi ..

Friday, November 11, 2011

Ibu , Ejai nak kahwin

Bukan semua orang akan bernasib baik diatas dunia ini . Kadangkala , kita akan diuji oleh yang maha Esa atas kesabaran kita . Begitulah nasib , Rizal ataupun dipanggil sebagai ejai . Dia tidak dilahirkan normal seperti manusia manusia yang lain . tetapi , baginya , kekurangannya bukanlah penghalangnya untuk hidup seperti orang lain . Ibunya , Hawa , tidak berani untuk membiarkan Ejai untuk berdikari ataupn melepaskannya berseorangan . Ejai , tidak sempurna fizikalnya dan otaknya juga susah untuk berfungsi dengan baik . mksudnya , fikirannya lembab , tak seperti orang lain . Tetapi , Ejai masih mempunyai keinginan . Juga dia mempunyai masalah jantungnya yang lemah .

Di sekolah , dia ditempatkan di kelas pendidikan khas . tetapi , setiap kali dia masuk ke kelas itu , dia akan naik marah . "Ejai..ejai tanak masuk kelas ni . Nak masuk kelas dengan Erin". begitulah perangainya . dia nak sekelas dengan Erin . Erin adalah jiran kepada Ejai . Erin boleh dikatakan seorang murid yang pandai dan mempunyai rupa yang cantik . Ejai akan mengadu benda sama kat ibunya . "Ibu.. kenapa diorang... tak bagi Ejai kelas dengan Erin ?? Sebab Ejai cacat ke ?" . Ibunya akan tersentuh hati setiap kali anaknya menyoalnya sebegitu kepadanya . " Tak , Tak Ejai . Bukan sebab Ejai cacat . Jangan cakap macam tu . tak baik , nak" . Sambil mengusap wajah anaknya itu . Terkilan rasanya melihat anaknya mengadu sebegitu . Setiap mesti ingin terbaik untuk anaknya . Tetapi , Hawa , terasa gagal untuk membahagiakan anaknya .

Di Akhir tahun persekolahannya , Ejai mendapat berita bahawa cikgunya , Cikgu Aisyah akan melangsungkan perkahwinannya pada cuti sekolah . Ejai mendapat jemputan tersebut . Cikgu Aisyah ini memang rapat dengan Ejai kerana Cikgu Aisyah seperti memberi perhatian yang lebih kepadanya .

"Ejai , cikgu dah nak kahwin ni . nanti ajak ibu and ayah datang kenduri cikgu tau ?" terukir senyuman di wajah Ejai .

" ohh. cikgu dah nak.. kahwin ek ? hehehe" . Ejai dengan perasaan gembira .

Setelah pulang dari sekolah , Ejai terus mencari baju yang lawa lawa . Habis bersepah almari bajunya . Lalu ibunya datang .
"Ejai ! kenapa ni bersepah ni ? Ejai cari apa ? Kemas balik" .
" Alar , Ejai cari.. baju.. nak pergi kenduri.." Ejai cakap dengan dengan sedikit ketakutan dengan ibunya .

"kenduri apa ?" tanya Hawa.

"Cikgu Aisyah nak.. kahwin. hehhehe" . Ejai tersenyum senyum.

Lalu , Ejai memberi kad jemputan dari cikgunya itu kepada ibunya . Hawa melihat anaknya , teringin sangat pergi ke kenduri cikgunya itu . Hawa berbincang dengan Ayah si Ejai , Rahmat , untuk bersetuju menghadiri kenduri Cikgu Aisyah .

Di hari persandingan Cikgu Aisyah dengan pasangannya , Ejai ditemani Ibu dan Ayahnya ke kenduri itu . Gembira Ejai dapat dilihat dari keriangannya . Bila sampai sahaja ke kenduri , Ejai terus belari mencari cikgunya . Sebaik sahaja Ejai ternampak cikgunya itu , terus dia bersalaman .
"Cikgu , Ejai nak cakap.. Selamat Kahwin , cikgu. :D "

"Terima kasih , Ejai . Ejai kena janji dengan cikgu . selepas ini , Ejai kena dengar cakap Ibu dan ayah . tau ? " . Nasihat terakhir cikgu kepada Ejai .
Ejai hanya menganggukkan kepalanya menunjukkan bahawa dia faham .

Setelah pulang ke rumah , Ejai tanyakan sesuatu kepada ibunya .
"Ibu , Ejai boleh kahwin tak macam cikgu ? Ejai nak kahwin dengan Erin . boleh ye ibu ?" . Ibunya , terasa sebak bila anaknya selalu inginkan sesuatu yang mustahil bagi anaknya itu . Ibunya , terus memeluk anaknya itu .
"Ejai , janganlah mintak kat mak macam macam , mak tak mampu nak bagi kat Ejai . Maafkan mak" . Rintih si ibu kepada anaknya .

Pada suatu malam , di waktu semua orang dibuai mimpi , tiba tiba , Ejai mula tercungap cungap seperti nyawa nyawa ikan . Terjaga ibunya yang dalam keadaan gelisah dan takut . Lalu , mereka membawanya terus ke Hospital . Setelah dirawat , doktor memberi keterangan kepada ibu dan ayah Ejai . "Maaflah , kami telah cuba sedaya mungkin . Anak kamu didalam koma . Hanya waktu menentukan ajalnya . Kami sekali lagi mintak maaf " . Ibunya tidak sangka . terasa baru semalam dia melihat kelincahan Ejai , sihat saja . tetapi harini , jadi lain . Ibunya , bagaikan tidak boleh menerima hakikat . Perlahan lahan Hawa dan Rahmat memasuki wad tersebut . Melihat Ejai dimasukkan tiub dan sebagainya peralatan untuk dia bertahan . Tidak tertahan ibunya melihat anaknya sedemikian . Hawa terus memeluk Ejai yang dalam keadaan tidak sedarkan diri . Terlihat titisan airmata Ejai mengalir kepipinya . Dengan kuasa Tuhan , Ejai tersedar seketika. Mungkin kerana dia tak sanggup melihat Ibunya menangis di depannya .
"Ibu , jangan lah nangis . Nanti....nanti...E..jai.. kan nak.. kahwin.. mesti mak gem..bira..... Jan..gann nangis ye ibu..." . Tak terkata ibunya , terasa ingin meraung melihat anaknya cakap begitu . Hawa cuma menggangguk kepalanya . Ejai cuma tersenyum dalam menahan kesakitan . Ejai menghembuskan nafasnya yang terakhir .

Kini dah hampir 7 tahun , Erin juga telah diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya . tetapi , perkara itu mengingatkn kembali kata kata Ejai kepadanya ,

"Ibu , Ejai boleh kahwin tak macam cikgu ? Ejai nak kahwin dengan Erin . boleh ye ibu ?"

*Maafkan wahai teman ,
ku menumpang disudut dunia ,
mencari ketenangan ,
sampai masa ku pergi , jua..*

Maafkan Ibu , nak

Tapi , Ibu berharap...


Ejai , tenanglah disana wahai kesayangan ibu :')