Followers

Thursday, August 25, 2011

Di Akhir Ramadhan

Pasti kanak kanak rasa happy sangat sebab dah nak habis puasa . Yelah , diorang boleh la raya . Kanak kanak ni sebenarnya untung , baju raya parents still belikan . Kalau boleh semuanya nak baru . Kasut , baju , sampin , songkok dan mungkin spender . haha . Yeah , bagi aku , zaman kanak kanak la yang paling happy kalau nak sambut Aidilfitri . Teringat masa kecik , tanak tido malam raya tu sebab nak tunggu Solat Sunat Aidilfitri . haha . Last last , langsung tak pergi sebab tetido . ish ish . but , aku happy sangat . Macam macam boleh buat kalau nak dekat raya ni , main bunga api la , mercun *hati hati main mercun , atleast kena ada orang yang dewasa tengokkan kita main mercun* , pastu bakar lemang , rebus ketupat . masak rendang , pergh , terbaik wokk . Aku suka sangat nak buat semua tu :D

Tapi ingat kawan kawan , dalam kita gembira berhari raya , jangan lupa kepada orang susah , kalau nampak orang tu sekitar kita , ajaklah dia datang rumah , bagi duit raya kt dia . alangkah bermaknanya kalau kita berbuat baik kepada orang . Serta , orang yang sudah meninggalkan kita , janganlah sesekali kita lupa kepada mereka , ia juga mengingatkan kita supaya bersedia sebelum menghadap-Nya :)
Hari Raya Aidilfitri , apa yang perlu kita buat ?

Malam raya : Kalau boleh , tolong keluarga siapkan rendang ke , lemang ke or anyam ketupat ke , dan lain lain . bagi settle malam tu juga :)

Hari Raya Pertama : Lepas Subuh jangan tido dah , cari pakaian ke Masjid utk Solat Sunat Aidilfitri , pastu bersiap siap , mandi , sembur minyak wangi sikit , *kalau boleh minyak atar , pastu jangan lupa gosok gigi , duit tu bawak sikit , sedekah kat tabung Masjid . pastu , dalam pukul 8.30pagi , bergerak ke Masjid yang terdekat , Solat sunat secara berjemaah . INGAT ! Jangan balik lepas solat , dengar khutbah dulu . kan ia sebahagian daripada solat sunat Aidilfitri . pastu , pulang semula ke rumah . Pergi mintak maaf ngan mak ayah dan ahli2 keluarga yang lain . jangan nak mintak duit raya je . dah besar besar takleh dapat duit raya . HAHA . pastu , amekla gambar dgn keluarga , takyah nak segan segan , kalau dgn bf/gf boleh je , inikan ngan keluarga , takkan malu ? haih . pastu , seelok eloknya , berkunjung kunjungla ke rumah jiran tetangga . lawat saudara jauh dekat . dan mungkin orang yang tak berkemampuan . Bantulah mereka okay ? Jadikan Raya tahun ini sebagai Hari Raya yang penuh bermakna :)
Apa pun , aku ingin mengucapkn Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin .
daripada Khairil Adri Bin Abdul Razak :)
Selamat Tinggal Ramadhan 2011 :')
Btw , harini aku dah nak bertolak ke kampung aku , Lenggong , Perak . Yeay !

Sebelum tu , Ingin aku selitkan gambar gambar puasa terakhir aku dekat Kolej bersama classmate :)





p/s : Malas nak upload banyak banyak . Penat tunggu . hehe :)
btw , picture ni masa kami bbuka kat Restaurant Mambo , New Village . bbuka dengan classmate and lecturer BEL . *lecturer English :) Selamat Hari Raya Aidilfitri :)
dan Selamat Menyambut Merdeka :)

Monday, August 22, 2011

Oh Ramadhan , Jangan Tinggal Aku Okay :(


Lebih kurang 7 hari lagi , umat Islam akan menyambut Aidilfitri dengan gembira seperti tahun-tahun sebelum ini . Tapi , ingatlah , bukan semua manusia di Malaysia mahupun di luar negara sana akan menyambut Aidilfitri dalam suasana yang harmoni atau gelak ketawa . Bila aku fikir fikirkan kembali , rupanya aku lebih suka Ramadhan dan Aidilfitri sekadar menyambut kejayaan aku berpuasa selama sebulan . Tapi , sebenarnya jika anda melakukan amal ibadah pada bulan puasa , percayalah , anda akan merasakan kepuasan merayakan Aidilfitri dengan sangat gembira walaupun di dalam kesederhanaan . Sekali lagi ingin aku ingatkan bahawa , dalam kalangan kita ini , masih juga yang tak dapat merayakan hari raya seperti kalian . Mungkin kesengsaraan menutup kebahagiaan pada hari raya mereka . Oleh itu , jika ternampak sesiapa yang berduka sedih pada hari nanti , bantulah dia , ceriakanlah dia .

Pernahkah korang ziarah kubur keluarga anda atau kenalan yang sudah lama meninggalkan kita ? seperti aku , atok aku sebelah bapa aku , sepupu aku , mereka telah pulang menghadap yang maha Esa . aku tahu , Allah lebih sayang akan mereka berbanding kami keluarganya . Actually , aku rindukan raya masa aku kecik dulu . sebab aku still boleh jumpa orang yang sudah tiada skrg . Kadang2 aku jadi rindu , atok dan nenek aku belah mak aku pun , dah sakit . bila aku tengok diorang aku jadi sedih . tambah2 bila atok aku tu , selalu cakap kat aku nak aku jadi Pegawai Daerah . Mak aku cakap , aku ini cucu kesayangan dia . tapi , memang tak dapat disangkal lagi , memang aku tgk cara layanan dia kat aku , memang lain dari dia layan cucu yang lain . Atok aku ada cucu dan cicit seramai , bila dah campur2 , lebih kurang 60 lebih , kalau tak silap aku . yelah , pkcik dgn mkcik aku pun dah 14 orang . Sebab tu , aku lebih suka beraya kat kampung mak aku , sebab ramai . lagi ramai lagi syok oh .

*muka tak bersalah yang sebelah kanan sekali tu , aku lah . hoho .
Rindu gila zaman ni .

Tapi , sekarang banyak dah berubah . tak macam dulu dah . semua sekarang dah busy . ada juga yang dah takmau balik kampung . Entahla , hati aku ini jadi sebak bila banyak perubahan dalam keluarga aku ini , tambah2 , bila nak bulan raya ini . aku rasa lebih rela berada di bulan Ramadhan . Tahun ini , aku rasa macam aku tak cukup beramal dengannya . aku macam tak berguna je . Alhamdulillah kalau korang dapat merasakan nikmat berpuasa .

Aku harap sangat yang aku boleh jumpa Ramadhan sekali lagi tahun depan . aku harap amalan aku akan diterima-Nya . ohh , mungkin raya sekali lagi , raya terakhir aku belajar kat kolej ini . mudah mudahan aku berjaya dalamm hidup . Amin . Malam raya , paling aku nak dengar bukan lagu raya , tapi , Takbir Raya :)
Kepada kawan kawan yang dah jauh dari aku , aku nak mintak maaf atas segala kesalahan aku . Even , korang banyak buat aku sedih , tapi aku lebih suka bersedih daripada berpisah daripada korang . Salah seorangnya , Hidayah Zaini . aku teringin nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri tapi aku tak tahu kau kat mana skrg . harap kau dgr ucapan aku ni . tahun lepas merupakan raya aku yang agak sedih sebab ex aku mintak break ngan aku dengan alasan , selama dia kapel ngan aku cuma terpaksa . tapi , aku harap ini takkan terjadi di raya ini . ohh , kepada kawan aku Afira Azira Munirah yang telah kembali ke Rahmatullah , ku sedekahkan kau , Al - Fatihah :')

Friday, August 19, 2011

Ramadhan yang ke-19 sudah.



Harini , sebenarnya kita dah berjaya berpuasa sebanyak 19 hari berturut-turut . Harap harap korang dapat habiskan ye ! tapi kan , tahun ni aku sehari pun tak miss bangun sahur . wahahaha , effectnya , apa lagi kalau bukan gemuk mok mok mok . HAHA . tapi kan , tahun aku rasa puasa yang penuh dengan dugaan . Yelah , assignment yang tak pernah habis , quiz and test lahh . apa lagi nak ? assignment yang paling sakit aku buat adalah jen jeng , video drama dan nasyid untuk Arab ! mesti korang pelik kan Arab ni belajar bahasa arab ke jadi pelakon ? ;) banyak masalah yang timbul , tiada kerjasama la , tangguh kerja la . tapi , nasib baik kami dapat siapkannya sebelum due date . Alhamdulillah :) Penat tapi lega . hehe

26hb ni aku dah boleh balik . tiket pun sudah dibelinya pun .bas Transnasional , pkul 6pm . aku rasa aku kena bukak puasa dalam bas la kott . -,-"
Tak sabar la nak rasa bukak puasa dan sembahyang terawih kat Masjid yang dekat ngan rumah aku tu . Suasana tu , bila aku teringat balik , sebaknya . Tambah tambah bila jauh dengan family . Kawan kawan sekolah aku pun banyak dah booking nak bbuka dengan aku . terasa femes pulak aku . HAHA. Paling paling aku tak sabar dan tak tertahan , nak berkumpul kumpul dengan family mak aku dekat kampung , bukak puasa sama sama , sembang sembang sambil makan lemang pada malam raya tu , pastu pagi tu sembahyang raya , kutip duit raya *itupun kalau dapatla. , sesi photography . yeah . dah abis tu , aku akan gapai lemang atau nasik himpit tuk makan bsama sama dengan makanan kegemaran aku , kuah kacang , dan aku juga digelar hantu kuah kacang . muahaha .


Kampung aku , Lenggong , Perak

Tp , aku tak boleh nak raya sebahagianya , sebab , dua minggu lepas raya , kami dah Final . penentu setiap semester . tapi gap setiap agak terkejut , sebab Statistics dan Business Communication , bezanya dekat seminggu . aku rasa macam nanti aku tak buat apa2 la. sebab buscom je pon . tiada yang mengerunkan pun . ohh ohh , lupa . actually , sebelum study week , budak budak bisnes ada dinner . yang berlainan daripada sebelum ni , sem ni , aku ada buat performance time dinner nnt . hehe . 2 lagu akan kami performance . Avenged Sevenfold - Far Away . and lagi satu , xsure lagi . but, lagu Melayu :) tapi suara aku tak sedap tauu ! haha . aku rasa , aku ni tempah malu la tuk dinner nnt . diharap kawan kawan still akan mengaku aku ni kawan diorang lagi . haha :)

Sunday, August 7, 2011

Putus Adalah Jalan Terbaik ?


Apa sebenarnya sesuatu hubungan itu dijalinkan ? sekadar untuk menunjuk bahawa yg kamu juga mempunyai teman wanita/lelaki ? Aku rasa ramai yang menganggap benda ini sekadar hiburan semasa mereka remaja . Tapi , aku rasa benda ni akan buat kita terluka . aku lelaki bukan bunga tapi aku juga berperasaan . Hanya orang yang ego akan menganggap benda ni macam benda lawak . tapi , bila kena kat diri sendiri , baru tersentap . Dalam situasi aku ini , aku ngan dia , makin lama makin banyak aku gaduh ngan dia . gaduh benda yang macam xmasuk akal . and jealous xtentu pasal . Entahla . Tapi , akhirnya dia hantar aku satu msg . msg tu mmg susah aku nak terima , yelah , sbb boleh dikatakan aku ini pun dah sayang kat dia . dia cakap kat aku , dia tau aku tension sbb dia . and dia nak aku decide samada nak putus or tak , lepas raya bagi jawapan kat dia . Entahla , aku pun xtau jalan yang terbaik untuk kami . Aku takot , pasni , boleh ke aku dapat orang yang baik macam dia ? Aku runsing sekarang ni .


Bila aku pikir balik semua benda yang kami gaduh buat aku teragak agak nak teruskan . Aku sabar , sabar , and sabar . tapi sampai bila . takkan aku nak jaga hati dia je ? bila dia nak faham aku ? banyak peluang bagi . kejap je dia ok , pastu dia buat balik . nak jealous tentu pasal , pastu tuduh aku macam2 . Dia tak tahu ke yang aku ni sayang kat dia . Memang aku ni xreti nak tunjuk tapi at least dia pun tau yang aku sayang dia . So ? apa yang dia nak aku buktikan ? haish . Actually , ni la salah satu sebab aku tak suka couple2 ni . myusahkan , diri sendiri terbiar sebab nak jaga hati orang lain . Haruskah aku putus ngan dia ? :(

Kau sebenarnya bintang hati ku ,

Yang kini engkau cinta
sebagai bintang hati
teruslah berpijar
hingga saat kau lelah
kau hanya bisa temani
untukku saja

hingga esokku berarti
bepata cintaku untuk kau hias
sebagai bintang hatimu
hingga hari sekian cintamu utuh
bersamaku

Engkau dinda yang kupuja
teruslah bermimpi indah
hingga hariku menjemput impian
Engkau dinda yang kusayang
teruslah berharap
bawa aku bintang hati yang terindah.

Bila usai cintamu ku hanya bisa
nyanyikan lagu ini untukmu

Engkau dinda yang kupuja
teruslah bermimpi indah
hingga hariku menjemput impian
Engkau dinda yang kusayang
teruslah berharap
bawa aku bintang hati yang terindah.

Sekian :')

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Ul Mubarak

Ramadhan , bulan yg mewajibkan umat Islam utk berpuasa . Tetapi , bukan bermakna kita harus tinggal Solat . aku cakap ni sebab ramai yang buat macam tu. Kadang2, diorang ni , Solat yang wajib xbuat , Terawih punyala semangat . Macam yang sunat pulak yang wajib , yang wajib pulak sunat . Cubala renung2 kan balik apa yang anda telah buat untuk bulan Ramadhan yang mulia ini .

Seperti biasa , 1st day puasa , semua orang akan letih sebab badan tiba2 mengunakan tenaga tanpa makan dan minum . Macam haritu , lagila terasa sebab 1st puasa hari isnin pulak . HAHA . tapi xpe , tu barula dugaan namanya kan ? Tapi , aku xterasa sangat sebab aku ni dah biasa . cuma , kesian kat budak2 sekolah tu . Tapi ada gak orang yang ponteng puasa . kalau yang budak2 tu , tak kisah la . ini yang tua2 pulak . teruk !

Hari kedua puasa , aku bukak puasa dgn kawan2 kelas aku . Actually kami plan nak bukak kat UO . tapi last minit tukar plan , kami pergi The Curve . kami pergi dua buah kereta , kereta Zaf and lagi satu kereta Hana . sampai situ , kami jalan2 dulu . pusing2 dalam Curve tu dlu . But , tetiba Din decided nak tgk Movie . semua p beli tiket dulu , masa tu dalam pukul 6.15p.m dah. Kami dah beli tiket Captain America utk 7 orang . Then , kami terus cari tempat makan . kami decided makan kat Waroeng Penyet . dah order macam2 dah masa tu , duk sembang2 kejap , tiba2 Nora Danish and sorang laki duduk meja depan aku . haha . untungla kan ? :D
kawan2 aku ni gedik2 nak p tgkap gmbar ngan dia , tapi malu lebih . haha. :D

Actually , ni semua terpaksa senyum . HAHA


*Sara*Zana*Hana*Zaf *Me*Zul*
sebenarnya , semua HAPPY. kan ? :)

dah siap2 bergmbar , tapi sebenarnya , diorang ni nak tgkap ngan Nora Danish , tak dapat , ngan classmate pun jadi lah . haha . Sedih bukan ? :D
Lepas abis makan , keluar je , Zaf bagitau , Hazama dan Yazer ada kat satu meja tu . haha . lalu aku nyanyi , tanya sama pokok , apa sebab goyang , jawab angin yang goncang , terbang burung terbang , patah sayap hidunya , seandainya rebah kau masih ada . ngeeee . Pastu kami gerak g tgk wayang terus . Captain America tu , best la gak. aku bagi 4/5 . yang tak bestnya , aku tgk dalam keadaan menggeletar sebab sejuk . haha :D
Abis je, kami terus pulang sbb dah lambat :) Hari yang hebat. :)


Otw nak p tmpat parking :')

Tambah satu cerita , actually aku dah hilang kawan baik :( sebab apa , aku taknak cerita lagi . aku teringat balik sebab ada satu Filem lakonan Shaheizy Sam ( AM ) dan Syafie Naswip ( AD ) . Actually, dia guna nama aku dan kawan aku tu . aku Ad , dia Am . Filem tu cerita yang diorang akan gaduh . haish . Entahla siapa buat cerita ini . btw , kawan AD dalam cerita tu , nama Razak , yang tu pulak nama bapak aku , tak pelik ke ? haha .

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?


Starring : Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali
Directed by : Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak
Written by : Fariza Azlina Isahak
Screenplay by : Fariza Azlina Isahak
Website : http://www.songlapmovie.com