Followers

Sunday, May 13, 2012

Mungkin Salahku Terlalu Mencintaimu

Kisah bermula apabila Haris dipindahkan sekolah yang dekat dengan rumahnya .
Pada mulanya , Haris seorang agaknya yang pendiam dalam kelas , maklumlah baru pindah sekolah . so , ambil masa untuk rapat dengan orang lain . Lama kelamaan , Haris mula rapat dengan Akil dan Suraya . perhubungan diorang makin lama makin akrab . mungkin kerana Haris tak mempunyai kawan yang lain . Akil dan Suraya memang layan Haris dengan baik .
Setahun sudah berlalu , kini mereka dalam tingkatan 5 . tahun terpenting bagi mereka dan yang paling penting mereka bertiga berjanji untuk berjaya sama sama dalam SPM . pada satu hari , Akil cuba memasangkan Haris dengan seseorang memandangkan Haris masih berstatus "Single" . Tetapi Haris tidaklah terniat untuk mempunyai sesiapa dalam hidup dia kecuali kawan kawannya . Lagipun dia mahu tumpukan sepenuhnya kepada pelajaran dalam tahun yang penting bagi dia untuk menentukan masa depannya . Akil tetap mahu kenalkan Haris dengan gadis kenalan dalam facebook itu . sekali Haris terlihat photonya , Haris terpersona dengan kecantikan gadis itu lalu cuba menegurnya dengan bantuan Akil . lama kelamaan Haris dan gadis mula rapat .

''Syazana , Haris ada benda nak beritahu awak ni , tapi malu lah. ''

''benda apa tu awak? apa yang nak dimalukan , beritahu lah :) ''

''saya SUKA sangat sama kamu . Entahlah , bila awak message saya , saya jadi happy sangat walaupun awak just message "buat apa tu?" :) lagipun , saya taktahula kenapa saya jadi tak keruan bila awak mendiamkan diri . hum , salahkah apa yang saya rasakan sekarang ni ? ''


''Haris.. saya nak minta maaf sangat sangat kalau saya buat awak macam tu . secara jujurnya , saya suka awak kita rapat macam ni . tapi , saya tak boleh sayang dua orang dalam satu masa . saya memang sukakan someone , namanya Faizal , dia kawan saya sejak dari sekolah rendah , tetapi dia sudah mempunyai teman wanita dia . walaupun dia sudah berpunya , saya masih nak tunggu dia , sebab dia juga sayangkan saya cuma dia tak sanggup nak tinggal teman wanitanya yang sayang sangat pada dia . Harap awak faham dengan keputusan saya ini .''


''Beginilah , saya rasa susah saya nak ubah pendirian saya yang saya suka pada awak . tapi , saya hormati dengan keputusan awak . saya boleh tunggu awak sebagaimana awak boleh tunggu si dia . awak mesti tahu perasaan menunggu itu kan ? tetapi , kita lain sedikit lah . sebab saya tak tahu perasaan awak . tapi , jujur , saya tak pernah rasa suka pada mana2 gadis seperti mana saya sukakan awak sekarang ni .''


''Awak.. okay . saya memang perlukan awak . jangan tinggalkan saya okay ? please ?''


''okay , Syazana :)''


Walaupun mereka semakin rapat , Syazana tidak pernah lupa akan pelajarannya itu . tapi tidak bagi Haris . perasaannya itu membuat pelajarannya terganggu . setiap hari dia asyik merisaukan takut takut suatu hari Syazana mendiamkan diri dan tinggalkan dia . Keresahannya itu bercampuk aduk dengan pelajarannya itu yang masih tidak bersedia walaupun SPM tinggal hampir sebulan . Pada malam sehari sebelum paper yang pertama , Haris mengambil keputusan untuk ke rumah Syazana dengan harapan dapat tenangkan perasaannya yang resah akan dirinya yang tidak bersedia untuk menjawab SPM .

Haris memandang ke arah tingkap bilik Syazana . Dia terlihat Syazana yang tengah mengulangkaji .

''Syazana ! pssttt. awak .''

Tetapi Syazana tidak perasan akan kehadiran Haris itu walaupun dipanggil beberapa kali . Haris terus pulang dengan hati yang kecewa .

Kini , tamatlah sudah SPM bagi pelajar pelajar yang menduduki pada tahun itu . Haris dengan sedikit gelisah kerana tidak dapat menjawab dengan baik . Haris cuba menghubungi Syazana , tetapi , tidak diangkat . berkali kali Haris cuba menghubungi Syazana . tetapi , kekecewaan yang menimpa Haris yang tersangat rindu akan Syazana .

Pada satu hari , Syazana menghantar satu message ,

- Maafkan saya kerana lama mendiamkan diri . saya cuba membantu awak untuk melupakan saya . saya tidak boleh sayang atau cintakan awak . lagipun , saya tidak berapa suka perangai awak yang seperti ingat mendesak saya terima cinta awak . saya perlukan masa untuk sayang orang . lagipun , saya susah untuk terima orang . and please lah , jangan ceritakan hal kita pada kawan kawan saya . saya tak suka dituduh memainkan perasaan awak . tapi takpe , mungkin awak tak tahu , jadi saya beritahu awak sekarang ni . tolonglah , jangan paksa saya macam ni okay ? -

Haris tak dapat menahan airmatanya selepas membaca message yang dihantar Syazana . Haris selalu berfikir , apa salahnya mencintai orang yang dia sayang .
Haris , hanya mampu menghantar message ini sahaja ,

- Jika awak masih perlukan masa , saya tetap boleh tunggu awak . difikiran saya ni , cuma ada awak . saya memang tak boleh terima gadis lain dah walaupun dia lawa or lagi 'caring' dari awak . sebab hati saya ada awak dan awak sahaja . Maafkanlah jika saya buat hidup awak menanggung malu kerana cinta saya pada awak . Mungkin saya salah dimata awak , tetapi , saya berani bersumpah , tiada sekecil besar kuman pun , saya nak malukan awak atau buat hidup awak terganggu . Tuhan sahaja yang tahu betapa saya sayangkan awak . Maafkanlah saya , jika awak sudah terbuka hati awak , beritahulah saya . dan saya berjanji , saya takkan ganggu hidup awak lagi jika itu menganggu fikiran awak . Salam. -

Selepas 5 tahun , pelbagai cerita yang Haris lalui, Akil pun sudah meninggalkan dia akibat Haris membela Syazana walaupun Haris diperkecil kecilkan . Akil tidak suka Syazana lakukan begitu kepada Haris , tetapi Haris tetap dengan pendiriannya untuk tunggu Syazana . Haris dan Akil kini tidak lagi berhubung kerana pertengkaran itu . Akil terasa amat bersalah kerana dialah punca Haris sebegitu . tetapi , Akil tidak mampu buat apa2 lagi . Begitu juga Suraya yang kenal sangat dengan Syazana itu . Suraya tahu , di hati Syazana tidak mungkin terdetik untuk menerima Haris . tetapi , setiap kali Suraya beritahu kepada Haris , Haris tidak mengendahkan Suraya . Oleh itu , Suraya ambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja .

Suatu hari , Haris terbaca blog Syazana . tulis entry pasal Haris

"Haris , saya tahu awak akan baca entry saya ni . so , saya harap awak mengerti mengapa saya still tak beri jawapan kepada awak . dah hampir 5 tahun dah , tapi still , saya takleh terima awak . makin lama saya makin naik rimas dengan awak . tolonglah , give me some space . hati saya ni dimiliki oleh Aiman , saya sayang dia dan maaf bukan awak . jangan salahkan saya , saya tak suruh awak tunggu saya , dan saya tak beri harapan kat awak pun . kerana masa tu pun , saya hanya cakap yang suka sembang , message ngan awak je . awak je bagai nak gila , cinta and suka saya . Then , disebabkan itu , awak cerita pasal saya yang still tanak terima awak dekat kawan kawan saya . Benci sangat . tolonglah , saya tak mahu buat apa apa lagi yang boleh buat kita berhubung lagi . we are done , okay ?  away"

Tiada apa yang dapat diucapkan oleh Haris . sebak didadanya . kerana gadis yang menjadi impiannya untuk dijadikan isteri yang sah , memberi jawapan sebegitu kepadanya . Sia sia sahaja Haris menunggu Syazana .
Oleh itu , Haris cuba menerima keputusan ibunya itu yang ingin jodohkan Haris dengan wanita sekampung dengannya . Haris tidak mempunyai perasaan apa apa terhadap keputusan ibunya itu . Haris cuma berniat untuk mengembirakan ibunya dengan menerima keputusan ibunya itu ,

Setahun kemudian , pernikahan Haris dengan gadis pilihan ibunya itu dilangsungkan . Walaupun sudah tiba hari pernikahannya itu , Haris masih belum tahu siapa pasangannya itu . tetapi Haris masih tidak boleh melupakan Syazana . Menitis airmatanya bila mengenangkan yang pasangan hidupnya bukan lagi Syazana tetapi orang lain yang dia tidak kenal . Setelah sampai ke rumah Pengantin perempuan , barulah dia terlihat bakal isterinya . Setelah dia melihat bakal isterinya itu , dia cuba melupakan Syazana dengan setia pada isteri yang mungkin menemani di dunia dan akhirat . Haris ,

''dengan lafaz Bismillah , Aku terima nikahnya , Soffiya Ar-Raudah binti Abu dengan mas kahwinnya RM200 tunai.''

Selepas itu , Haris membisikkan sesuatu ketelinga isterinya , setelah semuanya selesai .

''Abang harap , abang dapat mecintai Soffiya dengan sepenuhnya , bantulah abang . Dan , abang berjanji akan jaga Soffiya sampai Abang mati . InsyaAllah . okay , sayang ? :)''

Soffiya tersenyum sambil mengalir airmatanya , dan menjawab

''Terima kasih, Abang . Bimbinglah saya dan saya akan temani Abang selagi saya hidup . dan kini , cinta saya hanya untuk Abang .''

Selepas pernikahan mereka , Haris makin lama makin dapat melupakan cinta pertamanya itu , Syazana . Dan , perubahan Haris membuatkan hidupnya dengan keluarga lebih ceria dan bahagia . Oleh itu , tak semestinya cinta pertama kita akan menjadi kekal dengan kita . Jadi , hargai orang sekeliling kita . terimalah orang yang sayang akan kita , kerana ianya lebih baik . dan dialah dapat mengubah hidup kita menjadi lebih bahagia . InsyaAllah :)

1 comment:

  1. yup..sincere love is so priceless for me.hargailah orang yang di sekeliling kita. :)

    ReplyDelete