Di sekolah , dia ditempatkan di kelas pendidikan khas . tetapi , setiap kali dia masuk ke kelas itu , dia akan naik marah . "Ejai..ejai tanak masuk kelas ni . Nak masuk kelas dengan Erin". begitulah perangainya . dia nak sekelas dengan Erin . Erin adalah jiran kepada Ejai . Erin boleh dikatakan seorang murid yang pandai dan mempunyai rupa yang cantik . Ejai akan mengadu benda sama kat ibunya . "Ibu.. kenapa diorang... tak bagi Ejai kelas dengan Erin ?? Sebab Ejai cacat ke ?" . Ibunya akan tersentuh hati setiap kali anaknya menyoalnya sebegitu kepadanya . " Tak , Tak Ejai . Bukan sebab Ejai cacat . Jangan cakap macam tu . tak baik , nak" . Sambil mengusap wajah anaknya itu . Terkilan rasanya melihat anaknya mengadu sebegitu . Setiap mesti ingin terbaik untuk anaknya . Tetapi , Hawa , terasa gagal untuk membahagiakan anaknya .
Di Akhir tahun persekolahannya , Ejai mendapat berita bahawa cikgunya , Cikgu Aisyah akan melangsungkan perkahwinannya pada cuti sekolah . Ejai mendapat jemputan tersebut . Cikgu Aisyah ini memang rapat dengan Ejai kerana Cikgu Aisyah seperti memberi perhatian yang lebih kepadanya .
"Ejai , cikgu dah nak kahwin ni . nanti ajak ibu and ayah datang kenduri cikgu tau ?" terukir senyuman di wajah Ejai .
" ohh. cikgu dah nak.. kahwin ek ? hehehe" . Ejai dengan perasaan gembira .
Setelah pulang dari sekolah , Ejai terus mencari baju yang lawa lawa . Habis bersepah almari bajunya . Lalu ibunya datang .
"Ejai ! kenapa ni bersepah ni ? Ejai cari apa ? Kemas balik" .
" Alar , Ejai cari.. baju.. nak pergi kenduri.." Ejai cakap dengan dengan sedikit ketakutan dengan ibunya .
"kenduri apa ?" tanya Hawa.
"Cikgu Aisyah nak.. kahwin. hehhehe" . Ejai tersenyum senyum.
Lalu , Ejai memberi kad jemputan dari cikgunya itu kepada ibunya . Hawa melihat anaknya , teringin sangat pergi ke kenduri cikgunya itu . Hawa berbincang dengan Ayah si Ejai , Rahmat , untuk bersetuju menghadiri kenduri Cikgu Aisyah .
Di hari persandingan Cikgu Aisyah dengan pasangannya , Ejai ditemani Ibu dan Ayahnya ke kenduri itu . Gembira Ejai dapat dilihat dari keriangannya . Bila sampai sahaja ke kenduri , Ejai terus belari mencari cikgunya . Sebaik sahaja Ejai ternampak cikgunya itu , terus dia bersalaman .
"Cikgu , Ejai nak cakap.. Selamat Kahwin , cikgu. :D "
"Cikgu , Ejai nak cakap.. Selamat Kahwin , cikgu. :D "
"Terima kasih , Ejai . Ejai kena janji dengan cikgu . selepas ini , Ejai kena dengar cakap Ibu dan ayah . tau ? " . Nasihat terakhir cikgu kepada Ejai .
Ejai hanya menganggukkan kepalanya menunjukkan bahawa dia faham .
Ejai hanya menganggukkan kepalanya menunjukkan bahawa dia faham .
Setelah pulang ke rumah , Ejai tanyakan sesuatu kepada ibunya .
"Ibu , Ejai boleh kahwin tak macam cikgu ? Ejai nak kahwin dengan Erin . boleh ye ibu ?" . Ibunya , terasa sebak bila anaknya selalu inginkan sesuatu yang mustahil bagi anaknya itu . Ibunya , terus memeluk anaknya itu .
"Ejai , janganlah mintak kat mak macam macam , mak tak mampu nak bagi kat Ejai . Maafkan mak" . Rintih si ibu kepada anaknya .
Pada suatu malam , di waktu semua orang dibuai mimpi , tiba tiba , Ejai mula tercungap cungap seperti nyawa nyawa ikan . Terjaga ibunya yang dalam keadaan gelisah dan takut . Lalu , mereka membawanya terus ke Hospital . Setelah dirawat , doktor memberi keterangan kepada ibu dan ayah Ejai . "Maaflah , kami telah cuba sedaya mungkin . Anak kamu didalam koma . Hanya waktu menentukan ajalnya . Kami sekali lagi mintak maaf " . Ibunya tidak sangka . terasa baru semalam dia melihat kelincahan Ejai , sihat saja . tetapi harini , jadi lain . Ibunya , bagaikan tidak boleh menerima hakikat . Perlahan lahan Hawa dan Rahmat memasuki wad tersebut . Melihat Ejai dimasukkan tiub dan sebagainya peralatan untuk dia bertahan . Tidak tertahan ibunya melihat anaknya sedemikian . Hawa terus memeluk Ejai yang dalam keadaan tidak sedarkan diri . Terlihat titisan airmata Ejai mengalir kepipinya . Dengan kuasa Tuhan , Ejai tersedar seketika. Mungkin kerana dia tak sanggup melihat Ibunya menangis di depannya .
"Ibu , jangan lah nangis . Nanti....nanti...E..jai.. kan nak.. kahwin.. mesti mak gem..bira..... Jan..gann nangis ye ibu..." . Tak terkata ibunya , terasa ingin meraung melihat anaknya cakap begitu . Hawa cuma menggangguk kepalanya . Ejai cuma tersenyum dalam menahan kesakitan . Ejai menghembuskan nafasnya yang terakhir .
Kini dah hampir 7 tahun , Erin juga telah diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya . tetapi , perkara itu mengingatkn kembali kata kata Ejai kepadanya ,
"Ibu , Ejai boleh kahwin tak macam cikgu ? Ejai nak kahwin dengan Erin . boleh ye ibu ?"
*Maafkan wahai teman ,
ku menumpang disudut dunia ,
mencari ketenangan ,
sampai masa ku pergi , jua..*
Maafkan Ibu , nak
Tapi , Ibu berharap...
Ejai , tenanglah disana wahai kesayangan ibu :')
jalan cerita menarik.. saya berjaya mengalirkan air mata.. sob sob.. ;(
ReplyDelete:(
ReplyDeletexsangka ada lelaki yg mcm awk berbakat tulis cerpen...jalan cerita yg baik:)thumbs up !
ReplyDeletethanks :)
ReplyDeletetapi sejak kebelakangan ini ,
idea kurang la. -,-
sgt berbakat..best bace :D
ReplyDeletejalan cerita yg menyedihkn tapi dpt menyedrkn kita sebagai seorang insan biasa...
ReplyDeleteSedih lha :')
ReplyDeletethumbs up. :)
ReplyDeleteokeyh sangat sangat sedih ! double thumbs up for u mr.pelupe :)
ReplyDelete:( sedihnyer ..
ReplyDelete