Followers

Sunday, October 30, 2011

Lepaskan aku , Izinkanlah aku pergi .

Kisah seperti kisah kisah cinta yang lain , mungkin ini dijadikan tauladan kepada pasangan bercinta . Kasih sayang juga mempunyai keburukannya jugak . Maya , seorang gadis yang dilahirkan diluar negara tetapi menetap di Malaysia sejak dia berumur 4 tahun lagi . dan kini , dia sudah berumur 24 tahun . dan seperti biasalah , setiap manusia mesti inginkan pasangan . Khairi , seorang lelaki yang hidup dalam kesederhanaan menjadi pilihan hati nya . Hampir 5 tahun dia berkawan dengan Khairi .

Setiap permulaan , akan ada akhirnya , seperti percintaan Maya dan Khairi , disudahi dengan ikatan yang halal . Mereka diijabkabulkan dengan kerestuan ibubapa kedua dua pihak . Alhamdulillah , mereka ditakdirkan bersama .


Di hari mereka dipersandingkan , tiba2 Maya berbisik kepada Khairi ,
"b , tahu tak , i sayangkan you b . sayang sangat , jangan pernah tinggalkan i tau ?" .

Khairi membalasnya , "Ye , i tahu semua itu . I janji akan jaga you . You jangan risau . okay ? " .

"Okay sayang, :)" . Maya tersenyum lebar mendengar kata kata Khairi

Tiga tahun sudah berlalu , tetapi mereka tidak dikurniakan walaupun seorang anak pun . Maya menjadi sedikit kecil hati sebab baru kini Maya mendapat tahu bahawa Khairi tidak dapat memberi zuriat kepadanya . betapa luluh hati Maya yang selama ini untuk menimang anak kandung , anak darah daging sendiri . tapi , bukan Maya sahaja yang kecewa , Khairi juga merasakan dirinya telah menghancurkan hati isterinya tercinta , cuma dia tidak tahu bagaimana untuk meminta maaf kepada isterinya kerana malu . Sejak dari perkara itu , mereka langsung tidak membincangkan hal keturunan atau anak . Perkara yang serious begini , akan menjejaskan kebahagian rumahtangga .

Khairi juga menjadi tak tentu arah . waktu tidur pun tidak tentu . hinggakan dia menjadi tak terurus dipandangan orang .

Akibat keadaan Khairi yang menjadi buah mulut orang , Pihak syarikat memberi satu surat kepada Khairi supaya meletakkan jawatannya . Ini kerana syarikat menghadapi banyak masalah yang berpunca daripada Khairi kerana dia juga salah seorang yang penting dalam memajukan syarikat tersebut . Wajarlah dia diberhentikan kerja kerana prestasi kerja yang amat mengecewakan . Perkara ini , secara langsung dapat diketahui oleh Maya . justeru , ini menaikkan kebenciannya terhadap Khairi .

Semakin hari , semakin banyak masalah yang timbul berikutan Khairi dengan penganggurannya . Sampai skrg , Khairi tidak mempunyai sebarang pekerjaan . Sewa rumah , bil elektrik dan air , barang dapur , semuanya terbengkalai akibat masalah kewangan . Apabila semua itu menimpa mereka dua , Maya menjadi hilang sabar terhadap suaminya .

"You , i memang tak tahan lagi nak hidup dengan you . Dahlah i takleh dapat anak dari you . Kemandulan you tu , buat i malu dengan orang sekeliling . dapat lelaki yang tak subur macam you ni , siapa nak ? Kalau i tahu , memang i tanak kahwin dengan you . Sekarang , you pulak tak bekerja . You nak buat apa ? Menyusahkan i ?". Maya berkata dalam nada yang tinggi .


Khairi hanya mampu mendiamkan diri . apa yang dikatakan oleh isterinya itu , sangat terasa . Pilu hatinya apabila dia dipersalahkan .

"Sayang.. , i tak minta pun i jadi mandul . I pun nak anak . teringin nak gendong anak tu . mungkin ada hikmah hidup kita macam ni." ujar Khairi kepada isteri dengan nada yang perlahan .

"Hey ! jangan kata semua ini hikmah . So , you nak kata i ni salahkan Tuhan lah ? macam tu ?"
"kalaulah macam ni hidup kita , i tak mahu stay dengan you lagi . You tinggallah sorang sorang dalam rumah ini . I nak balik rumah parents i" .

Maya terus ke atas mengemas pakaiannya .
Khairi datang dengan perlahan lahan lalu memujuk isterinya supaya bersabar dan stay dengannya . tetapi , Maya sedikit pun tidak mendengar pujukan suaminya itu . Maya cuma memekak telinga dan membutakan mata sahaja . Alangkah sedihnya Khairi melihat isteri nya sendiri memperlakukan sedemikian kepadanya . Hanya Allah sahaja yang tahu betapa pedihnya hati Khairi . Setelah kemas barang barang Maya , tanpa meminta izin dari suaminya , dia terus menghidupkan keretanya lalu meninggalkan suaminya keseorangan . Khairi ditinggalkan dan hanya kesunyian menemani hidupnya .

Kini , hampir 2 bulan Maya meninggalkan Khairi dengan tanpa khabar berita . Hidup Maya seperti kehidupan manusia yang lain . dia langsung tidak teringat akan suaminya itu . Pada suatu hari , saat dia turun tangga untuk ke dapur , tiba tiba , kaki tergelincir lalu Maya jatuh terduduk ke atas lantai . Kecuaian itu membuat dia mengalami pendarahan dalaman . Keluarga Maya terus menghantar Maya ke Hospital . setelah membuat pemeriksaan rapi . Doktor berkata ibubapa Maya ,
"Tuan puan , bersyukurlah kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan keadaan Maya , dia stable dan bayi dalam kandungannya pun masih stable ".

"Bayi ? Adakah anak kesayangan kami itu mengandung ? " Tanya bapa Maya kepada doktor dan tanpa rasa ragu ragu , doktor pun menanggukkan kepalanya , "Ya , kini dah masuk 3 bulan :) "
Perkara ini disampaikan bapanya kepada Maya dalam keadaan gembira . Apabila , Maya mendapat tahu , menitis airmatanya kerana teringat dosa dosa kepada suaminya . Tanpa dia membuang masa , Maya berlari keluar dari hospital itu walaupun dalam keadaan yang lesu . Apa yang ditahu , dia mahu pulang kerumahnya dulu walauapa pun caranya .

Setelah sampai sahaja di rumahnya dahulu , kelihatan rumahnya gelap gelita dan sunyi bagaikan tidak berpenghuni . Maya memekik dari luar memanggil Khairi , "Sayang ! sayang !? Khairi , i datang ni bawa anak kita ni ! Khairi ?" sahutan demi sahutan , Khairi tidak membalasnya .
Tiba tiba terdengar satu suara datang dari sebelah rumahnya itu .

"Awak cari tuan rumah ini ke ? Dia dah meninggal . baru dua minggu lepas. Awak ni siapa?"

"Kenapa saya tak tahu ? kenapa tiada seorang pun beritahu saya ? Ya Allah" meraung Maya bila mendengar jirannya itu memberitahu bahawa Khairi telah meninggal dunia .


Jiran menambah lagi , "Kamukah isterinya yang tinggalkan dia dahulu ? Tergamaknya puan meninggalkan dia keseorangan . Setiap hari saya tengok dia mengemis dijalanan dalam keadaan yang kurus kering dan kotor . Perempuan jenis apa kau ni ? Tak bau syurga bila kau laki kau macam tu . Kau tahu ke sebab apa suami kau meninggal ? Dia kena tikam dengan peragut masa dia mengemis dijalanan . puas hati kau ? Seronoklah kau kan ?" Jirannya berkata dengan keadaan yang sangat marah .

Maya , seperti hilang akal bila mendengar semua itu . Maya terasa dirinya sangat berdosa kerana buat suaminya sebegitu . Peluang tidak diberikan Maya kpd suaminya, Khairi semasa dulu . Tersedu sedu Maya meraung . Maya bersuara, "Puan , sekurang kurangnya , beritahulah dimana kuburnya" . Jirannya dengan rasa bersalah , lalu dengan hati terbuka , dia memberitahu "Arwah ditanam disebelah Masjid dikampung seberang . Carilah kuburnya , jika tak tahu , tanya orang disitu ".


Setelah Maya tahu yang mana satu kubur suaminya itu , lalu dia terus memeluk kubur suaminya itu . Menangis nangis kerana mengingati semua dosanya terhadap semuanya . "Sayang , i mintak maaf . Maafkan i sayang . Janganlah tinggal i sayang . I tak rela sayang , sumpah , i tak rela dengan pemergian you ni" . Seperti yang kita tahu , walau menangis air mata darah sekalipun , takkan Khairi kembali didunia ini .
Parents nya sudah mendapat tahu bahawa Maya mencari kubur suaminya itu , lalu terus pergi ke tanah perkuburan untuk memujuk Maya kembali pulang . Terlihat Maya terbaring disitu akibat pengsan kerana dia juga terlalu lesu . Maya dibawa kembali ke rumah dalam keadaan tak sedar diri .

Dalam keadaannya yang tidak sedarkan diri , dia termimpikan arwah Khairi , suaminya .
"Maya , tolonglah redha pemergian i ini . tempat i bukan lagi di dunia ini . janganlah buat i terseksa , relakanlah pemergian i ini . Jangan menangis lagi , kasihanilah pada i . i maafkan Maya , abang halalkan makan minum Maya . Izinkan i pergi dari dunia ini selamanya , doalah keampunan kepada-Nya . Ingat , I tak pernah membenci you malah i sayangkan you lebih dari you tahu . biarlah i pergi okay? Jaga diri dan anak kita itu . besarkan dia dengan kasih dan sayang you sepenuhnya . Selamat tinggal , sayang.. :') "

Terjaga Maya dari mimpi itu . lantas Maya bangun terus mengambil wudhu' dan terus Solat . "Ya Allah , kau tempatlah suamiku dikalangan orang yang beriman kepadamu , Ampunilah dosa dosa ku dan suami ku . Amin ya rabbil'alamin ." Mengalir airmata Maya .

"Sayang , i redha pemergianmu . Tunggu i disana , ya Sayang ? :') "

"I janji akan jaga anak kita..."

p/s : Janganlah kita membuat orang yang dah tiada terseksa akan ketidak kerelaan kita untuk melepaskan mereka . Berdoalah kepada Allah untuk kesejahteraan ke atas mereka . Amin :)

19 comments:

  1. sayu hati membaca kisah ni..sarat dengan pengajaran buat kita yang msh bernyawa

    ReplyDelete
  2. isyh. awat sedih sangat ni weh. sob sob.

    ReplyDelete
  3. jln crita yg simple tp mmpu mmbuatkn pmbca feeling..sob3..T-T

    ReplyDelete
  4. singgah sini sambil nanges2 bace entry ni =D

    ReplyDelete
  5. Nangis baca ini , Huwaa :'( sedih .

    ReplyDelete
  6. best lah...keep it up! done following u..follow me back :) http://munbulan.blogspot.com/ tq :)

    ReplyDelete
  7. like usually u rmake great job,,,,

    ReplyDelete
  8. what a sad story. good job! you've successfully made me cry. :(

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. sedih =/ dengan background song lagi -.-''

    well , sepatutnya susah senang kena bersama =/ anak , orang lain tunggu 10 tahun lebih kot nak anak =/

    ReplyDelete
  11. said..
    terharu plus sedih...
    cinta nazera !!! i syg kn u....

    ReplyDelete