Followers

Friday, October 28, 2011

Ayah , Ibu nak pergi mana ?

pada 16hb Oktober 1986 , lahirlah seorang bayi ke dunia yang fana ini dan diberi nama kepadanya , Faris bin Ahmad . ibunya pulak bernama , Nafisah . Faris merupakan satu satunya anak yang mampu dimiliki oleh Nafisah dan Ahmad kerana Nafisah mempunyai penyakit anemia iaitu penyakit kurang darah . Maka , mereka berjanji akan mendidik dan membesarkan Faris dengan penuh kasih dan sayang . Bak kata pepatah bagai menatang minyak yang penuh .

1992 , kini , umur Faris telah mencecah hampir 6 tahun . Faris sudah pandai berjalan . Ibu dan bapanya sayang sangat akan anak mereka yang tunggal itu . segala kemahuan dia akan diturutkan . Pada suatu hari , ibunya , Nafisah , sedang masak untuk tengahari, tiba2, terasa denyutan yang kuat di bahagian kepalanya . dia terasa bagaikan satu pukulan yang kuat di kepalanya . Setelah terhuyung hayang akibat kepeningan , Nafisah tumbang ke lantai . Faris terlihat ibunya terjatuh , terus di belari ke arah ibunya itu . berlari dengan mengambil setapak demi setapak yang kecil . Lalu , Faris cuba memanggil ibunya yang pitam , "ibu.. ibu.. nape tido sini ibu ? bangun bangun ibu". Faris masih tidak tahu apa apa semasa itu . Kebetulan suaminya balik dari bendang . "Assalamualaikum , Sayang? ". apabila Faris mendengar suara bapanya yang baru pulang , segera dia ke bapanya . "Ayah, Ayah , ibu tido di lantai.. dekat dapur tu", sambil menarik narik seluar bapanya . Alangkah terkejutnya Ahmad melihat isterinya pitam di situ . tanpa membuang masa , Ahmad terus membawa Nafisah dan Faris ke Klinik Rakyat di hujung kampungnya .

Setelah diperiksa , doktor itu mengesahkan terdapat ketumbuhan yang besar di bahagian otaknya . tambah doktor , penyakit ini sudah sampai ke level yang kritikal .
Si suaminya tiba2 menjadi bengang dan mengamuk , "DOKTOR ! jangan main main dengan saya ! saya tak suka doktor cakap mcm ni dekat isteri saya ! Isteri saya tu , Sihat !" . tanpa banyak soal lagi , terus dia membawa isterinya dalam keadaan yang tidak bermaya serta memimpin anaknya ke Hospital untuk mendapat jawapan dari pakar di sana .

Malangnya..

Doktor pakar di hospital juga , memberi jawapan yang sama dan lebih detail .
Sebak Ahmad mendengar bahawa isterinya mendapat penyakit sebegitu . tetapi , Faris masih tidak tahu akan apa apa . Lalu , Ahmad bertanyakan kepada doktor , "Doktor , apakah tiada cara yang dapat menyembuhkan isteri saya ini ?" Ahmad bertanya sambil menitis air matanya . "Encik Ahmad , dalam keadaan isteri kamu sebegini , saya rasa jika kita lakukan pembedahan ke atasnya , peratus untuk hidup adalah sangat tipis kerana risikonya adalah amat tinggi . Tidak ada apa yang kita dapat lakukan kecualu berdoa kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang . Sabarlah Encik Ahmad, berdoalah kepada-Nya"
Ahmad membawa mereka pulang ke rumah .

Faris melihat ayahnya menangis , "ayah, ayah, nape ayah nangis, sape wat ayah? Cian ayah. ayah , angan (jangan) nangis . Ayis cayang ayah". Ahmad mengusap usap kepala anaknya yang memujuknya itu . tapi , Ahmad masih menangis . Nafisah hanya mampu terbaring dalam keadaannya yg tidak bermaya . mengalir airmatanya mendengar Faris berkata kata . dia tahu , dia tak akan hidup lama .

Semakin lama , semakin teruk keadaan Nafisah . Ahmad hanya mampu pasrah atas keadaan Nafisah . tapi , tidak pernah sekali Ahmad meninggalkan isterinya yang tersayang itu . Sejak haritu , Ahmad dah tidak bekerja kerana ingin menjaga Nafisah dan anaknya . mereka hanya hidup dan makan minum atas keperhatinan orang kampung dan bantuan oleh rukun tetangga .
Pada suatu hari , tidak terduga , Nafisah tercungap cungap seperti nyawa nyawa ikan . Ahmad mencengkam kuat tangan isterinya itu , dan berkata, "Nafisah , mengucap . mengucap. ingat Allah" . menitis airmata Ahmad melihat isterinya disaat saat terakhir .
Faris mula berasa hairan , "Ayah , ayah , ayah , nape ngan ibu ni ? ibu sakit ke ?" . tak terjawab Ahmad dibuatnya .
10hb November 1992 , Nafisah pergi untuk selama lamanya .

Seperti biasa , semua kerja kerja memandikan jenazah dilakuan . Dan , akhir sekali sebelum dikafan penuh , ahli diajak untuk melihat si arwah utk kali terakhir . terasa sebak melihat arwah dalam keadaan begitu . Ahmad , menatap isterinya untuk kali terakhir dan berkata , "Sayang , Abang halalkan makan minum sayang , salah dan silap abang ampunkan , pergilah tenang di sana , tunggu abang di sana". sambil tangan menutup kain kafan dibahagian muka isterinya . Ingin dia menangis , tapi terpaksa menahan demi tidak mahu arwah terseksa . Faris mula merasakan sesuatu yang tidak kena , " Ayah... nape tutup ibu dengan kain ? " . Ahmad hanya mampu terdiam . Ahli2 kampung , tolong mengangkat jenazah ke tanah perkuburan . Faris masih bertanya , "Ayah, Ayah, mereka angkat ibu nak ke mana ?" Ahmad masih terdiam .

Orang yang menjaga kubur itu , mula bercangkul . Setelah selesai bercangkul , orang ramai menolong Ahmad mengangkat isterinya Nafisah , kedalam tanah itu . Faris mula menangis , " AYAH ! kenapa mereka tanam ibu !? kenapa mereka jahat dengan ibu !? AYAH ! Tolonglah ibu ! tolongla.. " Faris menangis teresak esak melihat orang kampung menimbus tanah itu satu per satu . " Ayah ... Ibu nak pergi mana ? Ibu pergi tak lama kan ? kejap je kan?" mengalir airmata Ahmad . Sayup hatinya mendengar anak merengek meminta ibunya kembali . Kini , hanya tinggal Ahmad dan Faris .

2012 , Faris telah besar dan sudah bekerjaya . Juga , Faris telah mempunyai keluarga . Malangnya , bapanya baru meninggalkan dunia ini akibat sakit jantung yang dialami bapanya . Faris cuba mengikut wasiat iaitu jenazah bapanya ditanam bersebelahan kubur ibunya yang telah lama meninggalknnya . Tapi , baru kini , Faris tahu , kemana ibunya pergi , dan dia tahu , Ibunya tidak akan kembali lagi . "Ayah , Ibu , tunggu Faris kat pintu syurga ya" :')

21 comments:

  1. its make me cry,,,,sgt dkt dgn hidup sanah,,,

    ReplyDelete
  2. nice one...
    I like it..

    klimaks itu terlalu obvious..
    kalau blh next time buat sesuatu yang orang tak jangka sama sekali...
    this is my opinion only..
    sori ye..
    huhu..

    ReplyDelete
  3. ohh. its okay. and yeah, mmg i need your opinion. thanks :) nnt i improve lagi . again , thanks :)

    ReplyDelete
  4. Thumbs up , Touching membaca :')

    ReplyDelete
  5. sedih gak cite ni tapi terlalu biase.. perlu ade climax yang lebih best. :)

    ReplyDelete
  6. hebad tinta pena anda :)

    thumbs up !

    ReplyDelete
  7. nice one...boleh buat air mata gugur bila2 mase je bila bace ni..

    ReplyDelete
  8. T.T #hingus leleh2 da nie..wuuuwuuu~

    ReplyDelete
  9. Sedihnyee :( jatuh air mata baca. T.T

    ReplyDelete
  10. sebak bace entri niey.. sedih dan tersentuh..

    ReplyDelete
  11. sdey sngt . . cmpai nanges bca entri nihh . . :'(

    ReplyDelete
  12. Nak nges doe ak bace . sobb sobb :'(

    ReplyDelete